Pages

Thursday, July 31, 2014

Ayam Masak Kicap

Kegemaran my hubby. Suka sangat ayam masak kicap sampai saya jadi jemu untuk memsaknya.

Versi keluarga kami, ayam masak kicap ni berkuah tapi versi cik abang ni ayam masak kicap yang pekat melekat kuahnya pada ayam...

hari ni masak ayam versi cik abang.

Bahan-bahan:
Ayam - digoreng
Bawang besar, bawang putih dan halia - dihiris halus
asam jawa
hirisan cili merah
cili padi
kicap, garam dan gula

Caranya:
Tumis hirisan bawang besar. bawang putih dan halia sehingga layu. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. asukkan kicap secukupnya, air asam jawa dan hirisan cili merah. Kacau rata sehingga kuah memekat. Masukkan cili padi (2,3 tangkai) dan perasakan dengan garam dan gula.






Salad Epal Hijau

Kata cik abang, salad ini untuk pembuka selera. katanya lagi, ciptaannya sendiri... Ye ke???

Kali pertama buat, dia tak letakkan timun. Tapi kali kedua dia letakkan timun. Pada saya, salad epal hijau yang tanpa timun lebih sedap.

Bahan-bahan dan caranya:

Epal hijau dipotong dadu, bawang besar dihirishalus, cili padi dipotong kasar, boleh letak timun jika suka, limau nipis, mgaram dan gula.

Masukkan semua bahan di dalam mangkuk dan oerahkan limau nipis. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.



Saturday, July 26, 2014

Koew Teow Sup Cendawan

Selalu saya gunakan laksa kering yang halus. Tapi kali ni menggunakan koew teow. Rasanya... saya lebih suka menggunakan laksa kering halus sebagai pengganti mee kuning daripada koew teow.

Resepinya di sini... cuma gantikan dengan koew teow sahaja...

layan gambar dulu...







Friday, July 25, 2014

Sambal Terung dan Kentang

Sedia maklum bahawa sayur adalah menu wajib yang mesti ada di dalam setiap hidangan. Dan kegemaran saya di antaranya adalah terung.

Kalau buat sambal terung, bahan sampingan lain mestilah kentang..

Cara saya buat sambal terung dan kentang.

Terung dihiris dan digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng seejap dan jangan sampai layu. Angkat dan toskan minyaknya.

Kentang dihiris dan digoreng sehingga hampir empuk. Angkat dan toskan minyaknya.

Tumis hirisan bawang besar sehingga layu. Masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bawang besar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan asam jawa, udang dan kemudian terung dan kentang tadi.

Masukkan sedikit air dan biarkan ia hampir kering sebelum dimasukkan dengan garam dan gula.





Thursday, July 24, 2014

Apple Crumble

Kalau order pizza, apple crumble ni mesti order lebih. Terlalu suka makan apple crumble. Ini kali kedua membuatnya, dan ternyata lebih memuaskan hati.

Resepi Apple Crumble

4 bj epal hijau
kismis
perahan limau nipis
4 sdb gula kastor
3-4 sdb mentega
kayu manis
2 sdb tepung jagung

Untuk isi:

Epal dibuang kulit dan dihiris nipis.

Masukkan mentega ke dalam kuali, tumis kulit kayu manis, hirisan epal, kismis dan gula.

Bila epal dah lembut, masukkan perahan limau dan tepung jagung. Kacau hingga pekat.

Untuk Crumble:

1 3/4 cwn tpng gandum digaul bersama 4 sd mentega sehingga menjadi serbuk berketul-ketul.


Bahagian bawah - inti
tepek ngan crumble tadi

Bakar lebih kurang 20-30 min suhu 180 C
Siap dibakar





Wednesday, July 23, 2014

Gulai Lemak Cili Api Ketam

Atas permintaan encik di rumah ni. Selalu ketam ni encik tu suka dimasak sup atau direbus atau distim. Tapi kali ni permintaan yang lain daripada kebiasaan.

Oleh kerana nenas dah habes dimasak masam manis semalam, jadi saya gantikan dengan tomato je.

Bahan-bahan:

ketam
cili api, bawang besar, kunyit hidup - dikisar halus
serai, tomato, santan
garam, gula

Caranya:

Masukkan santan, sedikit air, bahan kisar dan serai. Setelah hampir mendidih, masukkan tomato dan ketam. Perasakan dengan garam dan gula.




Tuesday, July 22, 2014

Koew Teow Goreng Udang Galah

Udang galah adalah kegemaran saya, tapi encik di rumah ni tak suka pulak. Hari tu ternampak udang galah segar-segar di pasar. Apalagi, terus terpa.

Cara saya masak koew teow goreng udang galah.

Bawang merah dan bawang putih ditumis sehingga layu. Masukkan udang galah goreng sehingga hampir masak. Masukkan fish cake, tauhu dan isi kerang. Masukkan kicap manis, garam dan sedikit gula. Masukkan keow teow dan gaul rata. Masukkan kucai dan taugeh. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Masukkan hirisan cili api dan gaul rata.





Monday, July 21, 2014

Gulai kari ikan kembung

Saya suka mencuba pelbagai cara untuk masak gulai kari. Selalunya resepinya berdasarkan perasan ehh perasaan sendiri. Try and error....

Cara saya masak gulai kari ikan kembung

Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar halus bersama kunyit hidup, cili merah, tomato, jintan putih dan sedikit jintan manis.

Tumis daun kari bersama halba campur dan kemudia bahan kisar sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan serbuk kari tanpa dibancuh air. Kacau rata selama lebih kurang 2min dan barulah dimasukkan sedikit air.

Masukkan asam keping dan secawan air lagi.

Masukkan terung dan bendi. Masukkan santan.

Setelah bendi dan terung hampir empuk, masukkan ikan kembung.

Perasakan dengan garam dan gula.




Ikan kembung + ikan bawal... hoho

Sunday, July 20, 2014

Enchiladas

Bakal menjadi kegemaran saya dan suami. Dah lama ingin mencuba sebab bahan-bahannya amat mudah dah cara membuatnya agak senang.

Semalam, saya telah berkesempatan untuk membuatnya. Cuma, bahan untuk inti saya olah sedikit dan sosnya saya tambah sedikit cili untuk sesuaikan tekak Melayu saya. Hoho...

Resepi dan cara penyediaan saya rujuk di sini...
Di blog ini - http://www.recipegirl.com/

Ada sedikit bahan yang saya tukar...

Untuk inti, saya gunakan daging yang dicincang halus dan juga cendawan butang serta sedikit hirisan cili api dan cili merah.

Untuk sos pula, saya tambahkan cili kisar, sos spagetti kimball, sos cili, tomato kisar, garam dan gula.

Layan gambar, cara saya masak Enchiladas...

Bahan untuk inti

Dapat semangkuk inti


Lipat dan gulung

Susun

Siram dengan sos

Bakar lebih kurang 20-30 min, pas tu baru tabur cheese

Hasilnya..


Hasil bedah siasat



Sambil menaip entri ni pun, diriku masih terliur lagi...

Untuk resepi yang asli, korang gi tengok blog tadi ye....

Saturday, July 19, 2014

Kembalilah kepada Islam

2014...

Dugaan demi dugaan dilalui,
Petunjuk demi petunjuk telah diberi,
Masihkah lagi kita hanyut,
Masihkan lagi kita leka...

Kembalilah...
Kembali kepada ajaran islam yang sebenar,
Sementara peluang masih ada,
selagi masih punya waktu...

#prayforMalaysia
#prayforMH17

Dari Google