Pages

Sunday, July 13, 2014

Sambal Ikan Bilis

Lauk untuk nasi lemak. Macam-macam jenis dah saya cuba. Kali ni sambal stail lain pulak dan rasanya agak sedap bagi tekak saya dan suami.

Bahan-bahan:
Ikan bilis - digoreng sehingga rapuh
Cili kering (dibuang biji dan direndam), bawang besar (letak banyak lagi sedap), belacan -  semuanya dikisar
asam jawa, gula merah, garam dan sedikit gula

Caranya:
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak (kalau boleh masak lama sikit, tambah air jika kering).
Kemudian, masukkan gula merah dan asam jawa.
Masukkan garam dan sedikit gula.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul rata.




No comments:

Post a Comment