Pages

Tuesday, April 21, 2015

Bihun Goreng - tanpa perlu MSG

Saya memang tak menggunakan ajinomoto dalam masakan saya. Tapi saya masih menggunakan kiub ikan blis atau ayam dalam sesetengah masakan.

Tapi sekarang ni, hampir semua masakan saya tidak menggunakan kiub. Hanya perasa asli dan keseimbangan rasa garam dan gula.

Masa mula-mula saya memasak, saya tak pernah pun gunakan sebarang perasa tambahan ni. Masa belajar dulu, masak kari ikan tak pernah pun guna kiub miub bagai...  sedap gak...hihihi...perasaaaannnnn...

Tapi resepi bihun ni memang sedap macam guna kiub. Tak percaya cuba le.,.

Bahan-bahan dan caranya:

Bihun direndam sehingga lembut
ambil segenggam ikan bilis, udang kering, cili padi, bawang merah dan bawang putih - tumbuk atau kisar sehingga lumat. (saya tumbuk guna lesung je )

daging- dihiris nipis
sawi, carrot - guna sayur lain pun boleh
sos cili - saya guna brand ladas @ somano (dua sos ini je sedap pada tekak saya)
kicap manis kipas udang
sedikit hirisan bawang merah dan bawang putih

Tumis hirisan bawang merah dan putih sehingga kekuningan. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi. Masukkan daging dan kacau rata sehingga daging masak.

Masukkan sedikit air, kicap dan sos. Kacau sebati dan masukkan bihun.

Gaulkan rata dan masukkan carrot dan sawi. Perasakan dengan garam dan gula.

snap pakai HP je..pakai flash nampak basah skit



Kali kedua...




Korang boleh tambah taugeh, fish cake, kobis dll... Benda-benda ni memang saya selalu letak dalam bihun saya. Tapi kali ni semua bahan tu tak de di rumah saya. Konsep, masak apa yang ada...janji sedap...hihihiii perasaaannn lagi...

No comments:

Post a Comment