Pages

Sunday, April 26, 2015

Ayam Percik

Layan ayam percik. Resepi ni saya main belasah je. Korang nak ayam percik ori, korang google je..

Saya main blend je semua cili kering, bawang besar, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup dan sedikit lada hitam.

Lepas tu masak dengan santan bersama ayam. Masak sehingga ayam separuh masak.

Kemudian asingkan ayam dan letak di dulang pembakar. Saya bakar guna oven.

Sebelum bakar, bahan kisaran yang dimasak bersama ayam tadi saya campurkan dengan sedikit minyak dan sapu pada ayam.

Bakar sehingga ayam masak dan sedikit garing.

Selalunya kalau bakar ayam ni, saya perapkan dulu paling kurang pun 3-4 jam. Tapi suami nak makan cepat, terus je masak. Takde nak perap-perap.

Layan gambar...










No comments:

Post a Comment