Pages

Tuesday, March 24, 2015

Udang Celup Tepung ala tempura

Jom cuba Udang celup tempung ala tempura nih...

Resepi bancuhan tepung:

Tepung gandum
2 sd baking powder
garam
serbuk kunyit
air
minyak masak

Caranya:

Bancuh semua bahan sehingga bancuhan tersebut likat. Perapkan di dalm peti ais selam lebih kurang setengah jam.

Keluarkan, masukkan sedikit air dan minyak masak. Kacau sebati.

Bahan-bahan celupan:
Udang (jangan buang ekornya), bawang besar yang dipotong bulat, cili merah, cili padi.
Kalau ada sayur-sayur pun boleh dicelup tepung.

Gaulkan juga dengan tepung gandum sebelum dicelup dengan bancuhan tepung


Bancuhan tepung

Hasilnya


Maaflah, hirisan tebal.... Tangan patik terkena pisau time potong tu, terus campak je semua




Yang bulat-bulat tu bawang, yang merah-merah tu cili merah dan yang hijau-hijau tu cili padi

Monday, March 23, 2015

Nasi Goreng - guna perencah nasi goreng ikan bilis Adabi

Baca tajuk pun dah tahu nak goreng macam mana kan nasi ni... Saya cuma tambah hirisan cili padi, isi ikan goreng dan accessories jer.




Friday, March 13, 2015

Sup Sayur

Sup sayur ini menggunakan ikan bilis sebagai perasanya. Ikan bilis direnih bersama bawang besar dan sebiji bawang putih sehingga air bilis itu keluar.

Kemudian barulah dimasukkan cendawan, sawi dan juga puchuk serta suhun, Cuma perasakan denga garam dan gula, sup ini siap untuk dimakan.



Sunday, March 8, 2015

Rempah Kari Ikan Home Made

Alkisah, sedang patik menyediakan bahan untuk dibuat gulai kari ikan kembong, tetiba, patik teringat... Kat rumah patik ni ada ke rempah kari ikan.

Patik memang selalu membeli rempah adabi berpaket-paket untuk dibuat simpanan. Cari punya cari, yang ada hanya rempah daging dan kurma.

Hoho...dah la suami patik telah me'request' gulai ikan malam tadi. Siap tolong petikkan daun kari malam-malam buta lagi.

Dengan sepantas kilatnya, patik mengoogle...

Rempah kari ikan buat sendiri....jadi keluarlah blog Puan Nooriah Abdullah. Pilih resepi beliau sebab beliau post gambar gulai yang dibuat menggunakan resepi rempah yang diberi. Rasa yakin untuk follow resepi beliau.

Inilah Gulai Ikan Kembung yang dimasak menggunakan rempah homemade tadi....


Ini pulak rempah kari ikan yang dihasilkan patik...

Biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih disangai...

Tumbuk sampai halus

hasilnya...

Satukan bersama serbuk kunyit dan serbuk cili

Tumis halba campur dan daun kari.
Tumis bawang besar/merah. bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hidup sehingga pecah minyak.
Masukkan serbuk rempah tadi.
Masukkan air sedikit demi sedikit.
Masukkan 2 sudu cili kisar.
Tumis sehingga pecah minyak.




Rempah kari yang patik buat tadi terlalu banyak, jadi patik bahagi dua. Separuh lagi disimpan.


Oleh kerana, patik ada menanam serba sedikit sayur-sayur dan ulam di sekeliling, jadi patik petiklah sebiji buah terung untuk dijadikan bahan sampingan gulai kari patik. Berbuah pun sebiji jek...


Psstt... Rempah biji tadi patik kisar kering menggunakan blender... Cadang memang nak tumbuk guna lesung...dan tumbuk sikit, terus tukar fikiran. hihi...

Friday, March 6, 2015

Gulai lemak Cili Padi ikan Kembung bersama Pucuk Ubi

Selalunya, saya akan masukkan pucuk ubi ke dalam gulai sehingga layu kemudian barulah saya masukkan ikan.

Resepinya:

Bawang merah, cili padi dan kunyit hidup dikisar dan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan sedikit air dan santan cait. Masukkan asam keping dan pucuk ubi. kacau rata sebelum dimasukkan ikan kembung. Masukkan santan dan perasakan dengan garam, gula dan kiub.



Tuesday, March 3, 2015

Bihun Sup yang light dan jernih..

Kadang-kadang, saya kurang suka sup yang jernih. Macam yang saya tengok dalam tv. Selalunya sup jernih ni orang cina yang masak.

Tapi bihun sup saya ni bukanlah resepi yang sama macam dalam tv tu. Sup ni hanya gunakan gerak hati saya je dan menggunakan bahan yang mudah.

Resepi bihun sup simple dan jernih.

Bahan-bahan:

Bawang besar dan bawang putih yang dihiris halus, sawi, bihun (direndam sehingga lembut), isi ayam, fish cake, cili padi dipotong bulat, garam, gula dan kiub ikan bilis.

Caranya:

Tumis bawang nesar dan bawang putih sehingga layu, masukkan isi ayam. Kemudian masukkan air secukupnya dan biarkan ia merenih sehingga isi ayam lembut. Masukkan juga fish cake yang telah dipotong.

Masukkan cili padi dan sawi kemudian perasakan dengan garam, gula dan kiub.

Celur bihun sehingga lembut. Siap untuk dimakan.

Tambahkan bawang goreng untuk rasa yang lebih sedap



Sunday, March 1, 2015

Breakfast...

Biarlah gambar berbicara.... jom breakfast...



Udang dan Sotong masak air

Tak tahu nak namakan apa. Tapi memang resepi ni satil rebus je dengan air dan rasa pedas-pedas. Macam sup tapi ada rasa serai dan halia.

Saya makannya pertama kali di rumah sahabat saya di Kelantan. Balik cuba buat sendiri dengan bahan yang saya agak-agak.

Resepinya:

Bawang besar dibelah 4 dan bawang putih dipecah-pecahkan dan kemudian di masukkan ke dalam periuk bersam air secukupnya. Halia dan serai diketuk dan dimasukkan sekali ke dalam periuk.

Cili padi, cili merah juga dipecahkan juga dimasukkan ke dalam periuk. Biar semua bahan tadi masak dan merenih.

Kemudain masukkan udang dan selepas itu barulah sotong. Masukkan juga asam keping.

Perasakan denga garam, gula dan kiub ikan bilis.