Pages

Tuesday, April 30, 2013

Dan Nok, Sadao, part 2 - Jalan-jalan cuci mata

Selepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar hotel. Happening jugak...

















Dan Nok, Sadao, part 1 - Hotel Siam Thana lagi

3 minggu lepas, saya menemani Mr Hubby meeting di Siam Thana Hotel. Kami stay sehari di hotel tersebut.















Bilik ini masih berharga RM 89, masih cantik tapi.... lantai bilik berpasir macam tak pernah bersapu. Lantai bilik bukan jenis berkarpet, jenis tiles berwarna krim.

Nak solat pun tak selesa, sudahnya saya gunakan tuala kecil yang digunakan untuk lapik kaki tu untuk mengelap lantai tu. Saya lap untuk ruangan solat. Sungguh tak selesa...

Malamnya saya keluar makan di kedai makan di hadapan hotel. Kedai makan "My Friend" namanya... Saya order nasi goreng udang dan jus tembikai. Nasi gorengnya so so jer tapi jus tembikainye sedap sebab fresh.

Selepas makan, kami bersiar-siar di sekitar hotel. Esoknya sebelum check out, saya telah bermassage menggunakan khidmat massage yang ada di tingkat 1 hotel ini. Ada kawan kami pesan, kalau nak tukang urut yang best kite mintak tukang urut "teacher".

Saya pilih Traditional Massage kali ni dan minta diurut di dalam bilik hotel. Sedap sangat urutannya, terasa darah mengalir diurat-urat di tempat yang diurutnya. Serius, tak tipu.... Tempat yang urat kita tegang tu akan terasa sakit bilik diurut. Terasa ringan sangat badan selepas diurut.

Masa urutan selama 2 jam dan kebetulan melebihi had masa untuk check out. Yang bestnya tiada charge tambahan dikenakan oleh pihak hotel. Yeay...

Sunday, April 28, 2013

Jakarta-Bandung : Hari ketiga, Part 6 - Bilik Hotel yang diUpgrade

Kami sampai kat hotel, receptionis hotel cakap semua barang kami di bilik lama telah dipindahkan ke bilik baru yang telah di upgrade.

OMG....barang saya tak berkemas pun masa keluar tadi. Kemas sikit-skit je, kemas yang penting-penting je... Patut la pagi tadi, masa serahkan kunci bilik diorang tanya barang dah dikemas ke belum. Saya belasah je jawab dah... Rupa-rupanya dapat bilik baru... hoho...




almari

ooohh cermin solek...sib baik ada



meja kerja




Hasil tangkapan hari ini


Cermin lagi di sebelah pintu bilik air

Jam

Yeay...

Bilik ni luas dan yang penting ada tingkap. Siap ada jam dinding lagi.. Bersih, ada meja solek dan cermin , ada meja kerja dan yang penting ada almari untuk sangkut baju. Baru la best.. Baru rasa harga yang kami bayar tu berbaloi untuk biliknya...

Pas solat kami keluar untuk ke Kartika Sari, tapi hampeh... Teksi tu bawa kami ke pusat bandar, katanya di situ tak sesak sangat. Saya mintak bawa ke Jalan Dago, sebab saya ternampak masa berjimba di Donatello tadi. Dia tak mau bawa sebab macet (Jammed)

Sampai je, tengok-tengok dah tutup. Pas tu ada brader ni jual Brownies kat depan pintu masuk Kartika Sari yang dah tutup tu. Dia kata tinggal 4 biji kek ni je lagi untuk dijual. Kami borong la semua. Memang ada label Kartika Sari pun... Geram sangat...Terus balik hotel... makan...

Kat hotel makan steak dan nasi goreng kampung macam semalam... hehee... sib baik sedap.. Terubat jugak rasa frust tadi...

Jakarta-Bandung : Hari ketiga, Part 5 - Donatello

Saya ni bukan la kaki shopping. Patut supir hantar kami balik pukul 9 mlm. Tapi pukul 6 ptg saya dah tak larat.

Lepas beli baju kat Rabbani, kedai yang menjual busana muslimah, Mr Hubby insist nak pergi Donatello...
Kalau pergi Bandung mesti singgah kedai ni. Tak ada di tempat lain. Ni kawan Mr Hubby yang cakap....


House of Donatello ni menjual pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan wanita. Pas ronda seround dua dalam kedai ni, kami pun balik. Lebih kurang pukul 7 mlm, kami sampai di hotel... Tak larat sangat...