Tunggu supir datang pukul 8 pagi. Supir datang pukul 8.30 pg naik Suzuku MPV. Keretanya masih baru... ok... pass dan boleh gerak dah...
Perjalanan ke Tungkaban Perahu lebih kurang 45 min di bahagian utara Bandung
kalau tak silap. Jalannya berlopak-lopak dan berliku-liku... tapi masih ok...kepala masih stabil dan tak rasa nak muntah...
Kira-kira 10 min nak sampai dah berbau blerang yang kuat... Saya cepat-cepat pakai mask dan lilit pulak dengan Pashmina. Takut pening atau muntah atau sebagainya...
|
Orang tak ramai lagi time ni |
|
Inilah kawahnya |
|
Semakin lama-semakin tebal asapnya |
|
Tengok... ada mask di bawah Pashmina ni.. 2 lapis lagi... |
|
naik kete ni la... |
Kami tak lama di sini. Orang semakin ramai... Asap pun semakin tebal.. Lupa plak nak beritahu yang kereta boleh naik sampai ke puncak dengan bayaran RP 15k, tiket masuk untuk pengunjung plak RP50k.
|
Inilah tiketnya... |
Pengalaman yang menarik sangat. Tak pernah seumur hidup tengok kawah gunung berapi. Oh..lupa lagi, kat sini suhunya sejuk macam kat Cameron Highlands... Tapi tak la sejuk sampai kena pakai winter coat. Sejuknya..nyaman-nyaman sahaja... best...
Tapi berhati-hati ye... kat sini ada sahaja penjual-penjual yang mengekor kita, dan offer pelbagai pertolongan. Mulut saya ni tak berhenti-henti baca doa pendinding...takut tau... Sampai orang offer nak tolong tangkap gambar kami berdua pun kami tak layan... huhu...
Saya pernah baca dalam satu blog yang dia terbeli barang-barang dari penjual kat sini sampai berhabes RM 1 ribu... Tak tipu...betul..Tak percayakan... sebab tu saya baca macam-macam doa... Minta pertolongan Allah untuk melindungi kami.. Alhamdulillah, selamat... Terima kasih ya Allah...
Terima kasih jugak kat BFF saya Aishah Ibrahim... Sebab dia yang beritahu, orang yang offer nak tolong tangkap gambar tu sebenarnya kena bayar... Tapi tak tahulah kot free kan.. Jadi untuk tidak merumitkan suasana percutian saya... saya tak layan diorang tu... Lagipun, saya seorang yang tak suka bergambar... Selamat...
No comments:
Post a Comment