Pages

Tuesday, April 30, 2013

Dan Nok, Sadao, part 1 - Hotel Siam Thana lagi

3 minggu lepas, saya menemani Mr Hubby meeting di Siam Thana Hotel. Kami stay sehari di hotel tersebut.















Bilik ini masih berharga RM 89, masih cantik tapi.... lantai bilik berpasir macam tak pernah bersapu. Lantai bilik bukan jenis berkarpet, jenis tiles berwarna krim.

Nak solat pun tak selesa, sudahnya saya gunakan tuala kecil yang digunakan untuk lapik kaki tu untuk mengelap lantai tu. Saya lap untuk ruangan solat. Sungguh tak selesa...

Malamnya saya keluar makan di kedai makan di hadapan hotel. Kedai makan "My Friend" namanya... Saya order nasi goreng udang dan jus tembikai. Nasi gorengnya so so jer tapi jus tembikainye sedap sebab fresh.

Selepas makan, kami bersiar-siar di sekitar hotel. Esoknya sebelum check out, saya telah bermassage menggunakan khidmat massage yang ada di tingkat 1 hotel ini. Ada kawan kami pesan, kalau nak tukang urut yang best kite mintak tukang urut "teacher".

Saya pilih Traditional Massage kali ni dan minta diurut di dalam bilik hotel. Sedap sangat urutannya, terasa darah mengalir diurat-urat di tempat yang diurutnya. Serius, tak tipu.... Tempat yang urat kita tegang tu akan terasa sakit bilik diurut. Terasa ringan sangat badan selepas diurut.

Masa urutan selama 2 jam dan kebetulan melebihi had masa untuk check out. Yang bestnya tiada charge tambahan dikenakan oleh pihak hotel. Yeay...

No comments:

Post a Comment