Pages

Wednesday, April 3, 2013

Persediaan ke Jakarta dan Bandung - mencari hotel Part 1

Catatan ini saya tulis sebelum melancong ke Jakarta....

Kami dijangka tiba di Jakarta pada pukul 10.55 pm. Agak lewat untuk terus ke Bandung. Jadi setelah berbincang, kami akan bermalam di Jakarta dan memulakan perjalanan ke Bandung keesokkan harinya menggunakan train.

Saat saya menulis N3 ini, saya telah pun membooking hotel di Bandung menggunakan laman web Booking.com.

Sebelum tu, berminggu-minggu saya mencari info tentang hotel yang selesa untuk kami menginap. Apalagi, berpinar mata saya membaca laman web- laman web berkaitan hotel...

Di antaranya....
  1. www.agoda.com
  2. http://www.booking.com/city/id/bandung.id.html
  3. http://www.tripadvisor.co.id/Hotels

Akhirnya, sebelum menempah hotel, saya cek rate hotel pilihan saya di ....

http://www.hotelscombined.com/

Hotel Grand Serela, Bandung telah pun ditempah kerana lokasinya berdekatan dengan FO (Factory Outlets).

Untuk hotel di Jakarta, masih lagi mencari...

No comments:

Post a Comment