Ingatkan takde... rupa-rupanya...
Rabbani nama kedai tu |
Kami sampai kedai ni dah hampir Magrib. Apa yang menariknya, sebelum lebih kurang 5 min azan berkumandang dalam kedai tu, tiba-tiba ada pengumuman ...
"kedai akan ditutup sementara. Diminta semua pekerja berkumpul di Musolla di tingkat 1 untuk menunaikan solat berjemaah. Semua tetamu/pembeli dijemput untuk bersolat".
Lebih kurang macam tu la pengumumannya... dalam bahasa Indonesia la...
Ada pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk. Mereka je yang tak pergi ke musolla tu... Yang lain semua bergegas naik ke tingkat atas kedai tu...
Rasa syukur sangat, masih ada majikan yang pentingkan pekerjanya bersolat... Kalau nak tahu, uniform diorang cantik sangat. Gabungan warna pink dan purple... jubah berseluar dan berkain kalau tak silap.
Teruja sangat tengok diorang sampai lupa nak snap gambar... kat sini saya tangkap 2 helai baju yang saya rasa best sangat.
salam sis..kat kedai rabbani nie ok x harga dia?tq
ReplyDeletewsalam... sy igt2 lupa la... rasanya harga mcm kat msia jgk...mgkin murah skit... tapi kualiti bj ok sgt....tshirt muslimah dia rsnya murah dr kt msia...
Delete