Pages

Sunday, April 21, 2013

Steak with Mushroom sauce

Hari tu, ada seketul kecil daging kat fridge. Tak tahu nak buat apa. Jadi saya hiris-hiriskan daging tu jadi sebesar piring. Cadangnya nak buat steak untuk Mr Hubby.

Resepi:
  1. Daging tu saya perapkan dengan garam, gula, sos tiram, stok ayam selama 6 jam. Kemudian di grill...
  2. Untuk kentang lecek : kentang direbus hingga empuk (buh garam dan gula skit semasa merebus). Kemudian dilenyek dan masukkan susu segar.
  3. Rebus dan toskan brokoli. Brokoli saya rebus dengan sedikit garam dan minyak.
  4. Untuk sos cendawan : tumiskan bawang besar yang didadu, masukkan 2 sd bsr tepung gandum yang dibancuh dengan segelas air. Kacau rata, masukkan hirisan cendawan, sos tiram, sesudu kecil kicap manis, stok ayam dan lada hitam. Perasakan dengan garam dan gula.
Sos cendawan



Brokoli yang dah kurang segar...hehehe







Semua ni saya tak guna mentega.. sebabnya Mr Hubby tak suka... Tumis guna minyak masak biasa je lar...


No comments:

Post a Comment