Pages

Wednesday, November 30, 2011

Roti Kismis Coklat

Saya ada Breadmaker jenama Tesco. Akhirnya, percubaan membuat roti berjaya juga. Resepi roti ini saya intai dari blog potretkasih, tapi saya ubah siikit untuk kesesuaian citarasa dan breadmaker saya.

Roti Kismis Coklat


Bahan-bahan:

1 cawan susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil garam
5 sudu besar gula
1 biji telur } dipukul sikit
3 cawan tepung roti
1/2 cawan serbuk koko van hauten
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu besar bread softner
1 sudu kecil bread improver
100 g kismis hitam


Cara membuat:

1.  Masukkan kesemua bahan diatas ke dlm bread maker mengikut turutan kecuali kismis masukkan selepas bunyi beep pertama.
2.  Pilih butang colour (saya pilih light) pada bread maker kemudian start.
3.  Bila roti masak, keluarkan dari mesin tutup dgn kain bersih selama 1 jam (supaya crust atas roti tu jadi lembut)

 
Roti Kismis Coklat sebelum dipotong





setelah dipotong... utk Mr Hubby





Sebenarnya asal resepi ni Roti Putih Kismis, tapi Mr Hubby suka coklat  jadi saya tambahkan serbuk koko.



Sambal Ayam Dengan Betik

Sambal Ayam Dengan Betik


Bahan-bahan:

Ayam, dipotong kecil
Betik, betik muda yang hampir masak
Cili kisar
Bawang Besar
Sedikit sos tiram, garam, gula
Hirisan daun kunyit dan cili kering

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar, masukkan cili kisar, tumis sampai naik bau
2.  Masukkan ayam, biarkan sehingga separuh masak.
3.  Masukkkan hirisan betik dan sedikit air. masak sehingga betik empuk.
4.  Masukkan sos tiram, garam dan gula.
5.  Akhit sekali, masukkan hirisan daun kunyit dan cili kering.

sambal ayam betik



Tuesday, November 29, 2011

Mee Cendawan

Mee Cendawan

Mee Cendawan ini saya reka sendiri. Sebenarnya mee yang digunakan adalah laksa halus kering. Saya tak suka makan laksa kalau guna laksa halus.

Mee Cendawan

Bahan-bahan:

Mee (laksa kering yang halus)
isi ayam
udang
sotong
cendawan butang
cendawan tiram
sawi
fish cake/fish ball
tauhu
bawang putih
bawang merah
hirisan cili padi
sos tiram
kiub ikan bilis
garam dan gula

cara-cara:

1. tumis bawang putih dan merah hingga kekuningan.
2. masukkan isi ayam, udang, sotong, fish cake, fishball, tauhu, cendawan butang.
3. kemudian, masukkan air (ikut banyak mee tadi). Air mesti banyak sebab laksa halus tadi kita tak rebus dulu.
4. masukkan sos tiram, kiub ayam, hirisan cilipadi, dan mee tadi (laksa halus kering).
5. tunggu hingga mee tadi lembut dan masukkan sawi serta cendawan tiram. perasakan dengan garam dan gula.


optional:
boleh tambah daging, cendawan chitaki, kobis bulat, bunga kobis, brokoli dan lain-lain




inilah Laksa Kering Halus


dalam kuali lagi


Marble Cheese Cake

Saya dan mak sangat suka kek ini. Ini kek keju pertama yang saya kenalkan pada mak. Mr Hubby memang tak suka kek yang ada keju kecuali satu. kek apa nanti saya cerita dalam entri yang lain.

Marble Cheese Cake

Bahan-bahan:

Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn  susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula..boleh krgkan kalo tak mau manis
1 cwn minyak

1. masak atas api yg perlahan sehingga larut dan sebati.

Bahan B
2 cwn tpg gandum...saya sll guna tpg superfine
1 sdt soda bikarbonat
2 sdt baking powder
4 bj telur

2. pukul telur... masukkan tepung bersama soda dan baking pwder sedikit2..
3. kacau sehingga sebati.
4. masukkan larutan coklat ke dlm adunan (Bahan A)
5. kacau sebati... adunan ini sedikit cair..

Bahan c
250g cream cheese / 1 ketul cheese Philadelphia
1/2 cwn gula
1 bj telur

6. pukul sehingga sebati dan gebu
7. sapu loyang dgn myk
8. masukkan adunan coklat berselang seli dgn cream cheese
9. bakar secara double boiled lebih krg 50 - 60 min... suhu 170 -190 c


Monday, November 28, 2011

7 Hari Mencintaiku

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah




Saya suka sangat membaca novel. Mak saya kata, semasa mak mengandungkan saya, dia amalkan membaca. Walaupun hanya sekeping kertas pembalut nasi lemak.


Sebab itu saya suka membaca. Dulu-dulu, mak selalu beli buku cerpen atau novel yang terpakai yang dijual di pasar malam. Dulu-dulu semua buku tak kira buku apa, yang dijual di Pasar Malam harganya cuma RM 1. Saya ingat lagi, kebanyakan buku cerita yang mak beli hasil nukilan Othman Puteh. Percaya tak, saya mula mengumpul novel pada umur 8 tahun (sebab masa tu saya baru lancar membaca).

7 Hari Mencintaiku, novel yang sangat-sangat menarik. Saya sanggup ulang baca novel ni berbelas kali. Apa yang pasti, semua novel Siti Rosmizah memang best!


Tak percaya beli dan baca...


Devotees - Kekasih

Saya suka lagu ni. Suka sangat-sangat...



Nasi Goreng Ketam

Saya teringin nak makan nasi ni dan kebetulan ketam ada lagi dalam peti ais.

Resepinya:

Nasi Goreng Ketam

Isi ketam (saya guna isi ketam yang telah direbus, saya tak suka filamen ketam tu)
sotong
udang
cili kering kisar
bawang merah
bawang putih
cendawan butang
sos cili, sos tiram, kicap manis
nasi sejuk
sebiji telur

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan udang, sotong, dan cendawan.
4. Masukkan lebih kurang sesudu sos cili, sos tiram, kicap manis.
5. Masukkan nasi, garam secukup rasa dan goreng hingga sebati.
6. Pecahkan telur sebiji dan gaul. Sedia untuk dimakan.
7. Boleh taburkan bawang goreng, hirisan cili padi atau cili merah.


saya guna cendawan ni

untuk Mr Hubby

Nasi Goreng Ketam


Asam Gumpal

Dari semalam lagi saya teringin nak makan Asam Gumpal. Kali pertama makan, semasa Jamuan Akhir Tahun di Tasoh Lake Resort. Sedap. Saya cuba Google dan akhirnya jumpa resepi ni di My resepi...

Resepi Asam Gumpal

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 250 gm biji sago
  • 2 liter air
  • secubit garam
  • kuah
  • 1 liter santan
  • 60g gula merah

Cara-cara

  1. Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak.
  2. Tapis dan sejukkan
  3. Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat 
  4. untuk kuah,Masak santan dan secubit garam serta daun pandan.
  5. masak gula merah dan daun pandan sehingga pekat.
  6. untuk menghidang,masukkan sagu ke dalam mangkuk,tuangkan santan dan siramkan air gula merah ke atasnya 

Saya suka makan Asam Gumpal ni sejuk, jadi saya campurkan dengan ais.


Asam Gumpal





Kawan saya, Fatimah Baharom pernah makan Asam Gumpal warna merah di tempat kenduri. Dia pun sama macam saya, suka makan sejuk-sejuk.











Sunday, November 27, 2011

Kek Karamel

Saya suka memasak. Tangan tak berseni, tapi selalu teringin untuk mencuba. Kek Karamel ni saya intai di fb Kongsi Resepi lama dulu. Mak dan kawan-kawan mak saya suka sangat makan. Terutama Mr Hubby. Ini satu-satunya kek yang Mr Hubby makan banyak.

Ini resepinya...


Kek karamel
saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair ...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar- saya tak guna COT pun..tp Alhamdulillah jadi jer

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahagikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari

Kek karamel sebelum dibakar

Selepas dibakar

Setelah dipotong


Salam Maal Hijrah

Isikan hari pertama dengan pahala...

Orang selalu menyambut Tahun Baru dengan mengira detik waktu. 9, 8, 7......3, 2, 1.... Happy New Year. Ini cara sambutan Tahun Baru Masehi (Maaf ya, saya tak sambut dengan cara ini). Macam mana pulak kalau nak sambut tahun baru Hijrah?


Dibaca selepas solat Asar
Dibaca selepas solat Magrib

 Jom kita sama-sama memenuhi Tahun 1433H ini dengan amalan yang mulia. Semoga kita semua sentiasa disayangi Allah.

Amin.