Pages

Wednesday, May 29, 2013

Cream cheese dan coklat ganache layer Pudding

Saya suka sangat makan cream cheese... Sebab itulah saya suka tiramisu... sedap...

Petang tadi saya 'cipta' satu puding... panggil puding ke... ntah la...


Macam tiramisu tapi takde ladyfingers... ok tak..

Resepi:

Untuk coklat ganache
250ml whipping cream
coklat masakan
1 sdt nescafe
2 sd mentega
  1. Panaskan whipping cream.
  2. Masukkan coklat masakan dan nescafe, kacau hingga cair dan sebati.
  3. Masukkan mentega dan biarkan sejuk.
Untuk Cream cheese
200 g cream cheese
1/2 cwn gula castor
esen vanila
250 ml whipping cream

  1.  Pukul cream cheese dan gula sehingga gula hancur.
  2. Masukkan whipping cream dan esen vanila.
Cara untuk melapis:
  1. Masukkan cream cheese dulu berselang seli dengan coklat ganache.
  2. Tunggu coklat ganache sejuk dulu baru lapiskan dengan cream cheese semula.
  3. Sejukkan semalaman di dalam fridge dan sedia untuk dimakan.

Lapisan pertama...Cream cheese
Lapisan kedua... coklat ganache
Lapisan ketiga... cream cheese
Sejukkan dalam fridge
First trial... tak berapa jadi dan cantik

Second trial... ok lar skit

Lebihan coklat... buat zig zag

Setelah dihias


Tak sempat tunggu semalaman.. terus ngap


Akhirnya..

Puding Trifle - Paling kerap dibuat

Saya selalu sangat buat puding trifle... sebab senang. Tapi saya tak pernah lagi teringin nak makan walaupun sepotong. Saya buatkan je... Jamu orang... makannye tak...Kenapa ye...

Kebetulan ada lebihan kek pandan yang saya buat, skali dengan pavlova haritu... dan kebetulan, adik bongsu saya request puding ni untuk dibawa balik kampung... Jadi sambil-sanbil buat kek keju coklat kukus, saya rajinkan diri membuat puding trifle...

Resepi:

Bahan A
Kek Swissroll... Kali ni saya guna lebihan kek pandan yang dibuat 3,4 hari lepas
tepung kastard
susu cair... saya guna susu pekat manis yang ditambah air supaya cair...
gula
esen vanila
secubit garam
sesudu mentega

  1. Panaskan susu pekat manis (lebih kurang 1/2 cwn) bersama air ( lebih kurang 3 cwn).
  2. masukkan sesudu mentega, gula ( agak-agak manis buah dalam 1/2 cwn kot), secubit garam.
  3. Bancuhkan 4 sd bsr tepung kastard bersama air dan masukkan ke dalam susu panas dan kacau sehingga memekat dan likat.
  4. sejukkan.
Bahan B
serbuk jeli nona perisa strawberi
2 cwn air
  1.  Panaskan serbuk jeli bersama air dan biarkan suam-suam kuku. Jangan sampai sejuk nanti membeku pulak...
Bahan C
Buah-buahan tin atau buah segar yang anda suka... saya selalu guna buah tin je

Cara melapis puding.
  1. Potong kek menjadi kiub dan disusun di dalam bekas.
  2. Tuangkan air buahan tin ke dalam bekas untuk melembabkan kek.
  3. Tuangkan bancuhan tepung kastard tadi, biarkan sehingga hampir sejuk.
  4. Susun buah-buhan tin di atas lapisan kastard tadi.
  5. Tuangkan agar-agar strawberi di atas lapisan buah-buahan tadi..
  6. sejukkan semalaman dan sedia untuk dimakan.
 




Kek Keju Coklat Kukus

Saya dah pernah buat kek keju coklat tapi versi bakar. Disini

Adik bongsu saya teringin nak makan kek keju coklat kukus dan dia 'wassap'kan gambar keknya pada saya. Saya pun google cari resepi dan terjumpa resepi dari seorang doktor yang saya rasa resepi keknya sedap. Ini blognya.. http://raihannavanilla.blogspot.com/2013/03/resipi-kek-coklat-lapis-cheese-kukus.html

Saya assumed sedap sebab nampak gambar kek yang tak padat, gebu dan mudah. Resepi di bawah saya dah ubah sikit ikut tekak saya.

kek keju coklat kukus


Resepi:

Lapisan Coklat

Bahan A
2 cwn tpg superfine
1 sdt baking soda
1 cwn serbuk koko
1 cwn serbuk milo
1 cwn gula kastor

Bahan B
2 cwn susu kotak
1 1/2 cwn susu pekat manis

Bahan lain
1 cwn minyak jagung
4 bj telur
1 sdt esen vanila
1 sdt coklat emulco

Lapisan Keju
400 g cream cheese
100 g gula kastor
40 ml air
2 bj telur
1 sdt esen vanila

Cara-cara:

Untuk coklat
  1. Campur semua bahan A dan kacau rata guna whisk je.
  2. kemudian masukkan minyak jagung dan telur.
  3. Panaskan bahan B dan tuang ke dalam adunan.
  4. kacau rata dan sebati, masukkan esen dan coklat emulco.
Untuk Keju 
  1. Pukul semua bahan guna hand mixer.
Cara mengukus
  1. Masukkan 3 senduk adunan coklat dan kukus hingga masak.
  2. Lapiskan dengan keju dan kukus hingga masak.
  3. Masukkan adunan coklat dan kukus lagi hingga masak.
  4. Sejukkan semalaman baru boleh potong dan makan. 
 
Adunan coklat

 
Adunan keju
  
Di dalam pengukus


Dalam bekas kecik ni dapat dalam 5 bj


Komen saya... Saya lebih suka Marble cheese cake dari yang ini...


Saturday, May 25, 2013

Jakarta-Bandung : Hari kelima, Part 4 - Mangga dua, makan Lobster

Selepas bersihkan diri, rehat-rehat di bilik hotel, solat... kami pun keluar ke Mangga Dua.
Masa tu dekat pukul 7 mlm.

Gambar dari pakcik google
Best sangat. tapi sayang kami sampai dah lewat. Kedai-kedai dalam Mangga Dua ni dah hampir tutup. Tempat ni lebih tersusun dan bersih daripada Pasar Baru...

Pukul 9 lebih kami naik teksi dan minta hantarkan ke restauran seafood. Seberang jalan je..









 Ye ... Lobster.. Sebelah masak cili dan sebelah lagi bakar. Yang kaler merah, masak cili tu sedap sangat...

Pavlova

Saya teringin sangat makan pavlova. Dulu dah pernah buat, tapi buat mini pavlova. Bulan lepas, saya order je pavlova dari rakan FB. Tapi, semalam teringin sangat nak makan. Nak order ... lambat...

sebelum dibakar




selepas dibakar












Guna buah-buahan dalam tin je. Teringin sangat kan... tak sempat nak petik strawberi kat kebun belakang rumah...kikiii

Resepi

5 bj putih telur
3/4 cwn gula kastor
esen vanila
1 sd perahan lemon
1 sd bsr tepung jagung

krim
250 ml whipping krim
sesudu gula kastor
esen vanila

Cara:
  1. Pukul kuning telur sehingga hampir kental.
  2. Masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis.
  3. Pukul hingga meringue menjadi berkilat dan bertanduk.
  4. Masukkan esen vanila, tepung jagung dan perahan lemon. Kaup balikkan sehingga sebati.
  5. Bentukkan adunan di atas tray pembakar.
  6. Panaskan oven 10 min sebelum membakar adunan.
  7. Guna suhu 150 c, api atas bawah...
Krim
  1. Putar krim sehingga kental bersama gula dan esen vanila.
  2. Tunggu pavlova sejuk baru letakkan krim dan buah-buahan..