Kebetulan ada lebihan kek pandan yang saya buat, skali dengan pavlova haritu... dan kebetulan, adik bongsu saya request puding ni untuk dibawa balik kampung... Jadi sambil-sanbil buat kek keju coklat kukus, saya rajinkan diri membuat puding trifle...
Resepi:
Bahan A
Kek Swissroll... Kali ni saya guna lebihan kek pandan yang dibuat 3,4 hari lepas
tepung kastard
susu cair... saya guna susu pekat manis yang ditambah air supaya cair...
gula
esen vanila
secubit garam
sesudu mentega
- Panaskan susu pekat manis (lebih kurang 1/2 cwn) bersama air ( lebih kurang 3 cwn).
- masukkan sesudu mentega, gula ( agak-agak manis buah dalam 1/2 cwn kot), secubit garam.
- Bancuhkan 4 sd bsr tepung kastard bersama air dan masukkan ke dalam susu panas dan kacau sehingga memekat dan likat.
- sejukkan.
serbuk jeli nona perisa strawberi
2 cwn air
- Panaskan serbuk jeli bersama air dan biarkan suam-suam kuku. Jangan sampai sejuk nanti membeku pulak...
Buah-buahan tin atau buah segar yang anda suka... saya selalu guna buah tin je
Cara melapis puding.
- Potong kek menjadi kiub dan disusun di dalam bekas.
- Tuangkan air buahan tin ke dalam bekas untuk melembabkan kek.
- Tuangkan bancuhan tepung kastard tadi, biarkan sehingga hampir sejuk.
- Susun buah-buhan tin di atas lapisan kastard tadi.
- Tuangkan agar-agar strawberi di atas lapisan buah-buahan tadi..
- sejukkan semalaman dan sedia untuk dimakan.
Salam
ReplyDelete