Pages

Tuesday, December 30, 2014

Kembalilah kepada Islam yang Benar

Sebenarnya, sudah banyak catatan yang saya tulis untuk blog kesayangan ini tetapi hanya disimpan sebagai draf. Hati tidak mengizinkan diri untuk mempamerkannya kerana terbayangkan musibah yang melanda negara sekarang ini.

Banjir yang berlaku hampir menenggelamkan separuh semenanjung Malaysia. Sungguh hebat kuasa Allah. Hanya sekelip mata, beberapa buah negeri hampir lenyap dari pandangan mata, semuanya diliputi air.

Kata mereka, itu dugaan mereka yang terlibat dengan banjir. Kata saya pulak, itu semua dugaan untuk kita sama ada terlibat dengan banjir atau tidak. Yang terlibat dengan banjir mungkin Allah menguji kesabaran dan ketabahan mereka. Yang tidak terlibat dengan banjir, sebenarnya Allah menguji apa tindakan yang kita lakukan apabila terlihat saudara (islam ataupun tidak) menghadapi musibah.

Setiap hari saya hanya mampu membaca berita-berita tentang banjir dengan linangan air mata. Sehingga saat ini, tiada satu pun lagi tindakan yang saya ambil untuk membantu. Cuma doa dari hati yang ikhlas agar Allah membantu, menyelamatkan, mengampunkan semua dosa-dosa kita. Mohon Allah berikan petunjuk dan jalan yang lebih baik dan kudrat serta kekuatan iman untuk menempuhi segala musibah.

Allah... Ampunkan kami...

Tuesday, December 23, 2014

Nasi Goreng Petai

Lebihan sambal petai...

Goreng nasi seperti biasa cuma tambahkan lebihan sambal petai dan digaul sekata. Menjadi kegemaran kami sekeluarga di Ipoh...



Monday, December 22, 2014

Gulai Lemak CIli Padi Ikan Kembung bersama Rebung dan Kacang Panjang

Bila baca tajuk resepi dah tau dah macam mana rupa dan isinya. Oleh kerana ayah saya penggemar gulai lemak cili padi, seleranya itu turun ke saya sorang.

Jadi, blog saya, entrinya banyak berkisarkan gulai lemak cili padi...

Resepinya:

Kisar bawang merah, kunyit hidup dan segengam cili padi. masukkan ke dalam periuk dengan sedikit santan cair. Masukkan asam keping, rebung dan kacang. Bila semua bahan tadi layu, masukkan ikan kembung. Kemudian, masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula.



Rebung ni rebung fresh, tak masam. Jadi saya letakkan asam keping untuk menyeimbangkan rasa.

Sunday, December 21, 2014

Sambal Petai Udang Galah

Dalam banyak-banyak udang, suami saya kurang gemar makan udang galah. Saya pulak, dalam banyak-banyak udang, saya suka makan udang galah. Udang galah bersaiz sederhana sudah cukup untuk saya. kalau besar sangat, mungkin saya pun tak lalu nak telan,

Petai ni pulak, kalau silap makan badan saya akan berangin je. Tapi kalau kena gayanya, petai ni boleh melawaskan pencernaan saya. Lapang je perut...

Resepinya:

Sebiji/dua bawang besar dikisar halus kemudian ditumis. Kisar cili kering sehingga lumat. Setelah bawang besar yang ditumis layu, masukkan cili kisar.

Saya lebih suka masukkan petai dahulu supaya petai cukup lembut. Masukkan setengah sudu teh asam jawa.

Masukkan udang galah tadi dan sedikit air. Renih sehingga sambal memekat dan udangnya telah masak.

Perasakan dengan garam, gula dan sedikit kiub ikan bilis. Saya juga masukkan tomato ceri yang dibelah dua sebagai hiasan dan penambah rasa.




Saturday, December 20, 2014

Gulai Lemak Cili Api Tulang Ikan Merah Kering bersama Terung

Dalam banyak-banyak gulai lemak cili api, gulai ikan kering inilah yang boleh diterima oleh tekak suami. Apa yang bestnya, menjadi kegemaran sidia kerana katanya, gulai seperti ini tidak akan jumpa di mana-mana.

Apa yang membezakannya ialah tulang ikan kering itu dibakar terlebih dahulu sebelum digulai.




Resepinya, korang kelik kat sini...

Friday, December 19, 2014

Mee Sup Ayam

Saya suka Chinese foods... Suka masakan mereka yang nampak ringkas dan menyelerakan terutamanya mee, nampak sedap sangat.

Sebenarnya, teringin nak buat clear sup macam diorang. Tapi sup yang saya buat tak berapa nak clear... huhu

Resepinya:

Tumis hirisan bawang besar dan putih sehingga layu. Masukkan semangkuk air. Masukkan sup bunjut dan ayam yang telah dipotong kecil. Renihkan sehingga ayam empuk dan lembut. Kemudian masukkan hirisan fish cake.

Masukkan batang saleri yang telah dipotong, daun sup dan daun bawang. Perasakan dengan garam, gula dan kiub ikan bilis.




Saya gunakan spageti menggantikan mee. Taburkan sedikit bawang goreng dan... holla...sedap pada tekak patik.

Monday, December 15, 2014

Nasi Goreng Udang Galah

Resepinya:

Bawang besar, bawang putih dihiris nipis dan ditumis. masukkan segenggam ikan bilis dan goreng garing. Ketepikan dan goreng pula udang galah sehingga masak. Masukkan nasi, ikan bilis, hirisan cili, hirisan kobis dan sedikit garam. gaul rata. Pecahkan sebiji telur dan terus kacau. Siap untuk dimakan.



Gulai Lemak Cili Padi Rebung bersama Udang Galah

Masa balik Ipoh haritu, ayah telah bekalkan rebung fresh yang ayah sendiri hiris dan bersihkan. Rebung itu asalnya diberi oleh adik ipar emak.

Rebung belah-belah selatan ni jenis yang besar-besar. Bukan macam rebung madu di sebelah Utara, halus-halus dan kecil.

Resepinya:

Kisarkan sebiji bawang merah, seinci kunyit hidup, 10-15 bj cili padi sehingga lumat. masukkan bahan kisar ke dalam periuk dengan sedikit santan cair. Masukkan udang dan rebung dengan sekeping asam.

Kacau supaya santah tidak pecah. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula.






Sunday, December 14, 2014

Bukit Bendera Pulau Pinang

Pertama kali menaiki kereta kabel memanjat Bukit Bendera. Tempoh masa  selama lebih kurang 10 minit, kita akan sampai ke puncak bukit.

Layan gambar-gambar eh...







Saturday, December 13, 2014

Sotong dan Udang masak asam bersama Petai

Jemu juga, bila petai asyik dibuat sambal. Sesekali ubah selera... Masak asam ni kegemaran suami. Ikan kering ke, sotong mahupun udang, suami lebih suka jika dimasak asam.

Resepinya:

Bawang besar dihiris bulat dan ditumis. Hiris cili merah dan tumis bersama-sama petai. Masukkan serbuk jintan manis, kemudian sedikit asam jawa dan air. Masukkan udang kemudian sotong dan renih sehingga masak. Perasakan dengan garam dan gula.




Friday, December 12, 2014

Pulau Langkawi 2014 - Part 3

Bangun pagi, menikmati pemandangan laut sambil menanti mentari muncul.

Kolam renang hotel




Selepas breakfast yang sangat sedap disediakan di hotel, kami ke Pantai Cenang lagi.

Bersantai-santai sambil menenangkan fikiran...




Tengah hari, kami makan di Restauran Trimula Mesra. Makan di situ pada waktu tengah hari memang best. Sebab banyak pilihan lauk pauk.

Petang, shoping-shoping di Hj Ismail Group dan Idaman Suri. Lebih kurang pukul 6 petang, kami balik semula ke Kuala Perlis.

Tammat...

Gulai Kari Ikan Kering (Tanpa Tumis)

Banyak-banyak resepi, gulai tanpa tumis inilah yang saya teragak-agak nak buat. kalau di belah Utara ni, gulai yang tidak ditumis memang menjadi satu kebiasaan bagi mereka.

Tapi saya pulak, semua gulai kari yang saya masak mesti ditumis dulu rencahnya. Oleh kerana gulai ikan kering ni adalah kegemaran suami, hari ini saya beranikan diri untuk mencuba berpandukan resepi di belakang paket serbuk kari ikan kering dan udang Adabi.

Resepinya:

Mula-mula, saya kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian renih di dalam periuk bersama halba campur, santan cair dan serbuk kari. masukkan juga daun kari. Renih lebih kurang 10 minit sehingga semua bahan tadi masak.

Kemudian, saya masukkan terung dan nanas yang telah dipotong mengikut kesesuaian. Bila sayur tadi empuk, barulah saya masukkan ikan kering dan sekeping asam keping.

Kemudian, saya masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula juga sedikit kiub ikan bilis.




Suami kata... pass.... hoho...

Boleh la buat lagi...

Thursday, December 11, 2014

Kupang Masak Serai

Kupang yang selebihnya saya masak serai atas permintaan suami.

Sebenarnya suami minta kupang tu dimasak dengan mengekalkan kemanisan kupang tersebut. Dan pada pendapat saya la, cara ini, selain dikukus atau dibakar, adalah yang sesuai. Lagipun, suami minta lauk yang berkuah. Jadi memang resepi ini yang paling sesuai.

Resepinya:

Hiriskan sebiji bawang besar dan 3 batang serai dengan halus. Sebiji bawang putih diketuk dan dihiris dadu.

Masukkan semangkuk air ke dalam periuk bersama hirisan bawang besar, serai dan bawang putih tersebut.

Potong cili padi dan masukkan bersama kupang. Masukkan juga sekeping asam keping. Perasakan dengan garam dan gula.

Saya juga masukkan secubit kiub ikan bilis.




Ternyata, suami bersetuju. Kupang ini rasanya manis dan kuahnya sedap untuk dihirup.

Wednesday, December 10, 2014

Pulau Langkawi 2014 - Part 1

Sempena hari lahir patik November yang lalu, suami telah menghadiahkan patik percutian di Pulau Langkawi.

Usah lah ditanya berapa unur patik sekarang ini. Yang pastinya bukanlah muda trang tang tang sangat meskipun begitu, patik belumlah begitu tua lagi. Sedang-sedang saje...

Naik boat lebih kurang pukul 11setengah pagi di Jeti Kuala Perlis. Kereta pula kami parking di sebelah jeti di kawasan berbumbung. Untuk 2 hari harganya RM 20.

Sampai di Jeti Kuah, cari kereta sewa, sambil-sambil tu kami masuk ke Pusat Penerangan Pelancongan untuk ambil peta Langkawi dan juga mengintai-intai flyers yang mana menawarkan diskaun-diskaun. Semuanya free.

Pandangan dari dataran Masjid Kuala Perlis

Jeti Pekan Kuah


Kami menginap di Bayview Hotel di Pekan Kuah. Pilih bilik yang menghadap laut. Untuk 1 malam harganya RM 345.00 termasuk tax.

Hotel 4 bintang yang sangat selesa

Honda jazz putih tu lah yang kami sewa. 2 hari RM 130
Bilik yang sangat selesa menghadap laut. Diberi percuma sarapan pagi, welcome drink dan hi tea.

Hi tea di tingkat yang kami menginap. Tak silap tingkat 12 kot.

Pemandangan dari bilik kami menginap










Selepas daftar masuk pukul 2 ptg, mandi dan solat, kami terus mencari restauran untuk makan tengah hari kami.


Kami lunch di Restauran Trimula Mesra BBQ Seafood. Lokasinya berhadapan dengan hotel kami. Tapi bukan betul-betul berhadapan, kira-kira 5 minit kalau menaiki kereta.

Masa kami singgah, jam telah pun pukul 3 ptg. Lauk pauk masih ada walaupun dah berkurangan. Harga agak berpatutan. Untuk kami berdua makan harganya lebih kurang belasan ringgit sahaja.

Selepas itu kami menghala ke Pantai Cenang....

Bersambung....