Pages

Tuesday, December 9, 2014

Gulai Lemak Cili Padi Pucuk Ubi bersama Kupang

Saya dah lama teringin nak makan kupang, selalu nampak di Blog Kak Jee. Apa ye rasanya...

Kebetulan menghadiri kenduri berhampiran dengan Kuala Perlis, suami dengan berbesar hatinya mengajak membeli ikan segar di kawasan tersebut.

Mungkin rezeki saya agaknya, ternampak satu gerai ni menjual kupang. Sekilo cuma RM9. Oleh kerana baru nak mencuba, kami hanya membeli setengah kilo sahaja.

Resepinya:

Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk dengan sedikit air. Masukkan kupang dan juga pucuk ubi yang telah dibersihkan. Jangan lupa masukkan asam keping. Kemudian, masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula.

Saya juga masukkan ikan bilis sebagai penambah rasa.




Saya buat sikit je, Cukup untuk saya sorang. Encik kat rumah ni tak makan sangat. Saya masakkan kupang ni stail lain untuk dia.

No comments:

Post a Comment