Pagi-pagi lagi, kira-kira pukul 7 pagi kami check out dari Tune Hotel dan terus ke Stesen Gambir. Nasib baik depan hotel dah tersedia teksi Blue Bird. Banyak pulak tu.
Sampai Stesen Gambir, terus ke kaunter 5 bahagian e- ticket. Masa booking online tiket ni, dia akan emailkan kita satu salinan pembayaran. Print dan tunjukkan di kaunter 5 dan terus dapat tiket.
Untuk booking tiket keretapi secara online :
http://www.kereta-api.co.id/
|
Stesen Keretapi Gambir, Jakarta |
|
Kaunter 5 : e-ticket |
Keretapi Arga Parahyangan, Jakarta-Bandung tiba di stesen ini pukul 8.25 am. Sementara nak tunggu keretapi tu, kami minum di Starbuck yang terdapat di dalam stesen. Banyak kedai makan dan kedai-kedai yang lain, tapi malas nak merayau.
Pukul 8 pagi kami ke pintu masuk, di mana ada 2 pegawai yang akan cek tiket dan passport. Setelah disahkan terus naik ke Jalur 5.
|
Keretapi Argo Parahyangan |
|
Pemandangan dari tempat menunggu keretapi |
Kami booked keretapi untuk coach executive, harga RP 60 000 sorang. Tiket akan di cek sekali lagi di dalam perjalanan. Dalam coach ni ada pramugari dan pramugara yang akan ambil order untuk makanan dan minuman.
|
Tiket |
Tak rugi naik keretapi dari Jakarta ke Bandung. Perjalanan selama 3 jam dan kita akan dapat lihat pemandangan yang sangat cantik. Keretapi ini akan melalui terowong dan kawasan tinggi.
|
Suasana dalam keretapi |
Kalau naik kereta pulak, perjalanan selama 2 setengah jam, itupun kalau tak jem. Kalau jem boleh mencecah hampir 8 jam. Saya tak suka keadaan yang sesak dan jem... mesti muntah dan pening... Jalan selamat naik keretapi.
bole ke kita book awal tiket ni, saya nak pergi awal Disember, dan saya book online dlm bulan November?
ReplyDelete@ mama Jun... sori lmbt bc... mmg boleh...
ReplyDeletetumpang tanya...
ReplyDeletenak book awl guna visa x blh ek
u all book pyment guna apa
sori lambat baca...
Deleteguna mastercard..
visa xpasti plak
Slm...kenapa sy xboleh nak buat pembayaran menggunakan mastercard? bila klik sj submit detail card, dia keluar popup "transaksi khusus kartu kredit indonesia". sy ingat masalah browser chrome, jd tukar kpd ie. pn xblh. nak g bandung awal dis ni.
ReplyDeleteto ibu...
Deletesaya pun dah tak berapa ingat dah.
Tapi saya ada cal bank card credit saya dulu utk penggunaan di Indonesia. Mungkin sebab itu cc anda x diterima.