Pages

Monday, July 7, 2014

Bawal masak masam manis aka 3 rasa

Ikan bawal sesuai dimasak gulai kari atau pun dimasak sambal. Belum pernah cuba masak gulai lemak cili api, tak tahu sedap ke tak.

Hari ini saya buatkan bawal masak masam manis. Oleh kerana nanas tak ada di rumah, saya gantikan dengan epal hijau. Sedap jugak.

Bahan-bahan:

Ikan bawal - digoreng sehingga garing
Bawang besar, bawang putih, cili merah, tomato, epal hijau - dipotong dadu
cili api -  dipotong kasar
serai
cili kering kisar
sos cili, asam jawa, sos tiram, garam dan gula

Caranya:

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cili merah, cili padi, tomato dan epal hijau. Masakkan sehingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan serai, sos cili, sos tiram dan asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula.

Siramkan ke atas bawal yang telah digoreng tadi.





No comments:

Post a Comment