Pages

Friday, July 18, 2014

Udang Masam Manis

Jarang udang dimasak masam manis. Oleh kerana semua bahan yang ada ke arah masakan itu dan oleh kerana nak sesuaikan hidangan ala siam saya tu, maka udang telah dimasak masam manis.

Bahan-bahan:

Udang
Nenas dan tomato - dipotong dadu
bawang besar dan bawang putih - dipotong dadu
cili padi dan cili merah
sos tiram, sos cili
cili kisar ( cili kering dikisar bersama bawang besar)
asam jawa, garam dan gula

Caranya:
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pacah minyak. Masukkan sos cili, sos tiram dan asam jawa. Masukkan sedikit air dan nenas dan tomato yan dipotong dadu. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula.




No comments:

Post a Comment