Pendapat saya, nasi lemak yang dikukus paling mudah untuk disediakan berbanding ditanak. Nasi direndam selama yang mungkin. Macam saya, masa sediakan hidangan berbuka, saya dah siap rendam beras bersama dengan daun pandan.
Sambal pulak, saya tumis selama yang mungkin supaya sambalnya nanti masak dan tak cepat basi.
Cara saya kukus nasi:
Beras direndam bersama daun pandan kemudian ditoskan. Masukkan ke dalam bekas kukusan.
Saya gunakan cup kecik-kecik ni untuk kukus nasi lemak |
Sementara itu, masukkan santan ke dalam mangkuk bersama garam, hirisan bawang dan halia.
Tuang ke dalam bekas tadi sehingga penuh.
Selitkan 2, 3 helai daun pandan di dalam bekas kukusan supaya berbau wangi.
Kukus 20-30 min sehingga masak.
Siap dikukus |
No comments:
Post a Comment