Pages

Saturday, July 19, 2014

Nasi Beriani

Saya jarang menggunakan rice cooker. Masak nasi semuanya menggunakan dapur gas. Cuma kadang-kadang, bila memasak nasi lemak, ayam, tomato atau beriani, saya akan mengukusnya. Cara yang lebih enak dan mudah.

Cara saya masak nasi beriani

Beras basmani direndam lebih kurang 1-2 jam.

Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga semuanya layu. Tumis menggunakan minyak sapi.

Masukkan perencah nasi beriani (saya menggunakan brand Sri Anjung) dan kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam separuh masak. Keluarkan ayam, buang sisa-sisa rempah. (rempah tu masih perlu digunakan untuk nasi.)

Masukkan beras yang telah direndam ke dalam baki rempah tadi. Kacau rata, tuangkan sedikit air dan masukkan ketulan daging. (Masukkan ketulan yang besar-besar supaya isi daging tidak terlalu kering bila kita mengukusnya.)

Sementara itu, lapikkan pengukus dengan helaian daun pandan. Tutup lubang-lubang pengukus dengan daun pandan.

Masukkan nasi beriani yang separuh masak bersama daging tadi ke dalam pengukus.

Lapisan atas pengukus, letakkan ayam separuh masak tadi. Tutup dan kukus lebih kurang 40 min atau sehinggga ayam masak. (Jadi masa kukus, ayam di atas sekali diikuti dengan nasi dan bahagian bawah air kukusan.)



Gambar step by step lupa nak ambil kerana terlalu teruja.... hoho

Daging di dalam nasi tadi dikeluarkan dan dihiris nipis-nipis.

Ayam yang dikukus tadi dipanggang seketika untuk garingkan kulitnya di dalam oven lebih kurang 10 min atau kurang.


Siap untuk dihidang. 





Nasi beriani ini selain telur rebus, daging dan ayam tadi, saya juga sediakan gulai telur dan juga salad epal sebagai hidangan sampingan. 

Salad epal ni air tangan suami...





Di bawah ini pula untuk diberi kepada jiran dan my PIL...






No comments:

Post a Comment