Saya kurang suka mee kuning. Jadi saya suka sangat gantikannya dengan laksa halus. Saya memang tak makan laksa halus ni bersma kuah laksa. Tekak saya tak boleh nak terima.
Jadi saya ubah kan laksa halus ni jadi mee yang dimakan dengan kuah sup. Ala-ala makan mee tarik....
Sup pulak selalu saya buat ikut apa yang ada dala peti sejuk. Kalau ada cendawan, saya akan buat mee sup cendawan. Tapi selalunya ada sawi je dalam Peti sejuk tu. Ayam memang wajib ada. Dan suami plak suka belikan fish cake. Jadi hari ni masak mee sup sayur guna sawi je.
Bahan-bahan:
Laksa halus - direndam sehingga lembut
isi ayam, sawi, sos tiram, kiub ikan bilis, fish cake,cili padi - dipotong kecil-kecil.
bawang besar dan bawang putih - dihiris halus
minyak untuk menumis
air
Cara-cara:
Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan isi ayam kemudian masukkan air. Masukkan sos tiram, hirisan cili padi, kiub ikan bilis dan fish cake. Masukkan laksa halus yang telah direndam tadi. Masukkan sawi. Perasakan dengan garam dan gula.
Tak pernah jemu makan mee macam ni...
No comments:
Post a Comment