Di belah utara ni, suhu memang sejuk sekarang. Orang sini kata, sakarang ni musim angin timur. Sejuk tak kira pagi, tengahari ataupun petang. Malam lagi la sejuk.
Badan pulak tak berapa sihat. Dulu-dulu mak suka masak ikan kering lada hitam. Mak masak kalau badan rasa sejuk atau ber'angin'. Mak kata lauk ni sesuai untuk orang lepas bersalin.
Oleh kerana ikan kering yang mak selalu guna tak ada (ikan seludu kering), jadi saya tukarkan guna daging. Daging pun memang mak selalu guna tapi tak sesedap bila guna ikan kering seludu.
Bahan-bahan:
Daging (guna ikan seludu kering lg sedap)
4 sb lada hitam - ditumbuk halus (mak selalu guna sikit je, saya suka banyak2 bagi likat)
4 labu bawang putih (guna banyak sebab bawang putih ni dimakan buat ulam)
2 biji bwg merah - dibelah 2
kunyit (saya guna serbuk kunyit)
asam jawa
sedikit air, sedikit garam dan gula
Cara-cara:
Masukkan 2 cwn air ke dalam periuk bersama lada hitam yang telah ditumbuk halus, bwg putih, bwg merah, kunyit, asam jawa dan daging. Masuk semua skali dan renih sehingga bawang dan daging empuk.
Perasakan dengan garam dan gula.
Lepas makan, senang nak buang angin. Kencing pun lawas. Buang air besar pun mudah. Badan rasa ringan skit. Cubalah...
No comments:
Post a Comment