Pages

Tuesday, September 10, 2013

Terung Bakar Cicah Sambal Kicap

Ini makanan kami sekeluarga masa kecik-kecik dulu. Kalau takde selera, elok sangatlah makan terung bakar ni. Terangkattttt....

Bahan-bahan:
Terung, cili padi, bawang besar, kicap

Cara-cara:
Terung dibersihkan dan dibakar bersama-sama kulitnya sehingga empuk (kulit hitam). Sejukkan dan buang kulit yang hitam. Potong-potong dan letak di dalam pinggan.

Hiris bawang besar dan cili padi. Tabur di atas terung tadi. Masukkan kicap. Kalau ada limau, perahkan di atas terung bakar tadi pun sedap.

Bakar sampai jadi hitam cam ni
Buang kulit yang hitam tu
Nak potong boleh tak potong pun tak pe... ikut selera

Hiriskan bawang besar dan cili padi
Masukkan kicap. Perah limau kalau ada (ikut suka)




No comments:

Post a Comment