Bergedil daging cara saya. Saya letak bahan-bahan yang ada di rumah dan jadikan sesedap rasa tekak saya.
Bahan-bahan:
Daging yang dicincang halus, bawang besar yang dipotong dadu, ubi kentang yang direbus sehingga empuk dan dilecek halus, carrot yang dipotong dadu, serbuk lada hitam, serbuk perasa, garam dan gula. (Daun bawang takda di rumah kalau korang ada bubuh skali, lagi sedap.)
sebiji telur
sesudu besar tepung jagung dan tepung naik sendiri
Cara-cara:
Masukkan semua bahan tadi dan digaul sebati, Masukkan sedikit tepung jagung dan tepung naik sendiri, gaul sebati dan bentukkan bulat-bulat dan ditekan sedikit supaya leper.
Gaulkan dengan tepung dan celupkan dengan telur.
Goreng sehingga masak.
No comments:
Post a Comment