Pages

Sunday, September 29, 2013

Terung, sotong dan udang - semuanya Celup Tepung

Tak tahu nak makan apa. Dalam fridge ada udang, sotong, terung.... Kita goreng tepung lah semuanya...

Bahan-bahan:
Tepung naik sendiri (atau tepung gandum + baking powder), serbuk kunyit, secubit garam - gaul hingga sebati (tanpa air)
sebiji telur - dipukul sehingga sebati
Terung - dihiris nipis-nipis
udang - dibelah belakang
sotong - dipotong kecil-kecil

Cara-cara:
Celupkan terung, udang atau sotong ke dalam telur kemudian lumurkan dengan tepung. Goreng dengan minyak yang panas sehingga garing. Siap.

terung celup tepung



Sotong



Udang kat hujung tu

Thursday, September 26, 2013

Gulai Lemak Cili Padi Pucuk Ubi dan Terung Belanda

Saya ni penggemar masak lemak cili padi... Apa saja benda mesti nk buat masak lemak cili padi ni. Ikan ke, sayur ke, telur.... macam-macam....

Bahan-bahan:
Pucuk ubi, terung belanda, santan (saya selalu guna susu), udang,serbuk kunyit, serai, asam keping, garam dan gula.
Cili padi, bawang merah - ditumbuk halus

Cara-cara:
Masukkan bahan yang ditumbuk halus tadi, santan, serai, serbuk kunyit, dan terung belanda. Masak hingga santan mendidih. Masukkan udang, asam keping dan pucuk ubi. Masak hingga pucuk ubi lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk dihidang....



terselit gak...hehe..

Wednesday, September 25, 2013

Nasi Goreng Cina

Jarang makan nasi goreng walaupun sebenarnya saya penggemar nasi goreng. kalau balik kampung, memang merasa lah makan nasi goreng yang mak buat... sedappp... siap  berebut-rebut lagi...

Bahan-bahan:

Nasi sejuk, sayur campur, udang, telur dan garam
Bawang besar - dihiris halus
bawang putih - dicincang halus

Cara-cara:
Gaulkan nasi sejuk dengan garam. Masukkan minyak di dalam kuali. gunakan api yang besar, masukkan telur. Kacau rata supaya telur hancur dan garing. Asingkan atau ketepikan ke sisi kuali.

Masukkan Hirisan bawang merah dan putih. Goreng sehingga garing. Masukkan udang dan sayur campur. goreng seketika. Masukkan nasi dan telur tadi. Gaulkan sekata.


Kebetulan ada ikan merah goreng. Jadi saya hancurkan isi ikan untuk dimasukkan ke dalam nasi goreng sebagai penambah perisa.




Tuesday, September 24, 2013

Sungai Petani, Part 4 - Sarapan di hotel dan lunch di Old Town White Coffee

Dah nak balik dah....
sarapan di hotel memang terbaik.... Nasi lemak sedap sangat, croissant pun sedap... Memang dua makanan ni pilihan saya di hotel ni. Yang lain-lain pun sedap. Banyak stall dalam ni... ada stall mee, cucur udang, steak, telur goreng, kuih muih, roti, buah-buahan... banyak sangat makanan... puas hati...

Rehat di bilik, lepak-lepak pas tu check out. Kami ke Tesco. dekat-dekat dengan Giant tu jugak tapi tesco ni atas skit. Pusing-pusing dalam tesco tu nama Old Town. Singgah makan...
Mee Curry



Monday, September 23, 2013

Sungai Petani, Part 3 - Mee Udang Banjir, D King

Kalau dari tol Sg Petani Selatan, jalan terus, traffik light kedua, belok kiri. Belah kanan tu Giant. Dah belok kiri kena buat U Turn, jauh jugak.
Restauran ni betul-betul kat simpang belah kiri traffik light tadi cuma lecehnya kena U turn nak ke sana.


Masuk je ada orang jaga parking. Bagus... takde la terkial-kial cari parking kan...
Ramainya umat dalam kedai ni. Susunan meja tak teratur. berpusing-pusing cari meja kosong. Akhirnya jumpa jugak. Agak special sebab meja ni di kawasan macam beranda....

Pernah baca dalam blog yang servis diorang ni slow. Jadi bila dah dapat meja, terus panggil waiter. Tapi bole plak meja depan kami ni tahan dia dan marah-marah sebab dah tunggu la. Yang lagi best, waiter tu layan diorang dulu. Lama jugak la dan boleh pulak bawak pelanggan tadi pilih seafood kot kat kaunter depan. Apala punya servis ni....

Nasib baik tak lama diorang gi ada sorang waiter dari jauh laung...sapa belum orderrr..... Cepat-cepat panggil... kang orang lain cantas plak...

Kami order mee udang banjir (ofcos la kan) dan keow teow udang (ni saya punye)... Udang pulak boleh pilih berapa nak dan jenis apa. Maksudnya udang bela ke udang timbang. Kalau udang timbang ni udang laut, harga ikut harga pasaran dan minima boleh 3 ekor.

Kami ambil yang timbang, 4 ekor sorang. Air, kami order teh ais, nescafe ais dan jus tembikai.

Lama tunggu baru air sampai , tapi jus tembikai habis. Ganti dengan jus epal. Lama gak nak sampai mee udang...





Boleh tahan rasanya... Sampai habes makan jus epal tak sampi-sampai lagi. Malas nak tunggu, lagipun kekenyangan, baik chow....

Semua sekali, tolak jus yang tak sampai tu... RM 51.20... Okay tak korang....

Sunday, September 22, 2013

Sungai Petani, Part 2 - Hotel Park Avenue

Dari Restoran Arabian Mendy, kami terus ka Hotel. Hotel ni sebenarnya betul-betul di sebelah kiri tol Sungai Petani Selatan.

Oleh kerana kami keluar ikut susur Sungai Petani Utara, jadi kami jalan terus ke arah hotel menggunakan jalan raya pekan Sg Petani. Jalan lurus je sampai jumpa traffik light menuju ke susur masuk Sg Petani Selatan. Ambil kiri ye...

Gambar dari google
Kami ambil bilik eksekutif, termasuk tax RM 170.00

Ni je gambar yang saya snap. yang lain-lain lupa...ingat nak makan je....

Pemandangan dari tingkap bilik kami di tingkat 12. Tingkat atas skali tau....

Saturday, September 21, 2013

Jalan-jalan Cari Makan - Sungai Petani, Kedah, Part 1: Restauran Arabian Mendy

Ayat-ayat cinta saya dan suami...

                      Mel : Jom gi jalan-jalan.
                 En Somi : Nak gi mana?

                      Mel : Gi Sungai Petani nak tak...
                 En Somi : Okay....

Kalau tahu mudah macam ni dah lama ajak. rupa-rupanya, En somi memang bercadang nk berehat.

Hari pertama

Bertolak dari rumah pukul 11 pg lebih terus masuk ke highway. Keluar ikut susur Sg Petani Utara. Agenda utama nak cari nasi arab yang dikatakan terkenal di Sg Petani nih....

Restauran Arabian Mendy
Dari susur keluar tadi, jalan terus sehingga jumpa Ambangan Height. Tak silap saya pada traffic light yang kedua, masuk ke kanan.

Kedai makan ni di bahagian deretan kedai di sebelah kiri dan di bahagian belakang skali, menghadap kawasan perumahan.





Kami order Nasi Mendy Ayam berharga RM 9.00.




Sedap dan harga pun okay ...

Friday, September 20, 2013

Ikan masak cuka

Selalu kalau pergi kenduri di sebelah utara, lauk ni mesti menjadi salah satu hidangan. Rasanya lebih kurang masak asam ataupun masak taucu tapi menggunakan cuka sebagai bahan yang utama.

Bahan-bahan:
Ikan kembung - guna ikan nyok-nyok, merah, tenggiri atau apa pun boleh
daun kari
Halba campur, kayu manis, bunga lawang dan cengkih
Bawang besar, bawang putih dan halia - dihiris
cuka
cili padi -dibelah tengah
air, garam dan gula

Cara-cara:
Goreng ikan seperti biasa dan asingkan. Tumis bahan yang dihiris bersama daun kari, halba campur, kayu manis, bunga lawang dan cengkih menggunakan minyak menggoreng ikan tadi. Masukkan air secukupnya. Masukkan 2-3 sudu cuka makan. Masukkan hirisan cili. Perasakan dengan garam dan gula (serbuk perasa - ikut suka). Siram atas ikan yang digoreng tadi.




Thursday, September 19, 2013

Gulai Lemak Cili Api Pucuk Paku, Petai dan Ikan Kembung

Perrghh... Nama resepi panjang berjela.

Bahan-bahan:
Pucuk paku
petai
ikan kembung
santan
cili api dan bawang merah - ditumbuk halus
asam keping
serai
serbuk kunyit
garam dan gula

Cara-cara:
Masukkan santan, serbuk kunyit, cili yang ditumbuk dan serai bersama ikan kembung. Kacau sehingga ikan hampir masak. Masukkan pucuk paku dan petai serta asam keping. Perasakan dengan garam dan gula.






Wednesday, September 18, 2013

Cucur Udang dengan Jagung

Saya pernah tengok rancangan masakan Chef Wan di AFC. Jadi resepi ini telah diolah mengikut apa yang ada di rumah saya.

Bahan-bahan:
Udang (dibuang kulit dan dipotong kecil). Jagung (ambil isinya - kadang-kadang saya guna jagung dalam tin), taugeh, tepung naik sendiri, tepung gandum, carrot, bawang besar, cili merah ( ketiga-tiga bahan ini dihiris halus), garam, gula, sedikit serbuk kunyit.

Cara-cara:
Bancuh kedua-dua tepung dengan sedikit air, serbuk kunyit, garam dan gula. Masukkan isi jagung, carrot, taugeh, bawang dan cili merah. Gaulkan sekata. masukkan isi udang yang dipotong kecil tadi. Gunakan minyak yabg banyak untuk menggoreng.