Pages

Thursday, January 9, 2014

Pajeri Nenas dan Terung

Saya suka gak makan pajeri. Mula-mula nak buat pajeri nenas. Pas tu teringin nak makan terung. Konfius sangat... Jadinya, saya masak dua-dua tu skali. Jadilah pajeri nenas dan terung.

Bahan-bahan:
nenas, terung, daun kari, rempah kari daging, udang kering, bawang besar, halia, bawang putih, kerisik, kayu manis, bunga lawang, cengkih, sedikit air, garam dan gula.

Caranya:
Tumis daun kari, hirisan bawang besar , bawang putih dan halia. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Masukkan serbuk kari daging dan cepat-cepat kacau. Takut hangit. Masukkan sedikit air, kerisik dan udang kering (tumbuk skit udang kering ni). Bila dah pecah minyak, Masukkan terung kemudian nenas. Tambah sedikit air lagi. Perasakan dengan garam dan gula.





No comments:

Post a Comment