Saya selalu masak phat pet ni guna ayam, kadang-kadang ketam, sotong atau udang. Ini first time masak guna kerang.
Kerang tu direbus dan dibuang cengkerangnya. Masak skali ngan cengkerangnya pun boleh tapi kenalah bersihkan cengkerang tu betul-betul.
Saya plak beli kerang yang siap direbus, hanya isinya je.
Bahan dan cara-cara:
kerang, cili padi, sebatang serai, bawang besar, 3-4 ulas bawang putih, asam jawa, garam dan gula serta serbuk kunyit.
Kisarkan bawang besar bersama cili padi, bawang putih dan serai. Tumis hirisan bawang besar sehingga layu dan masukkan bahan kisar tadi s. Masukkan serbuk kunyit. Kalau guna kunyit hidup kisarkan sekali dengan bahan kisar tadi Tumis sehingga pecah minyak dan masukkan kerang. kemudian masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.
No comments:
Post a Comment