Pages

Friday, January 31, 2014

Nasi Ayam kukus

Hari yang kelam kabut, tetiba en suami nak makan nasi ayam. Katanya pas solat Jumaat nak terus gi keje. Nak makan dulu sebelum gi keje... dannn....
nak makan nasi ayam katanya.... alahai.... kenapa en suami tak cakap awal skit... dah pukul 1 baru cakap... bertuahnya suamiku ini....

Masak guna bahan yang ada di rumah jer...ofkos la ada bahan yang tak ada...huhu

Bahan untuk nasi:
4 sekawan - kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
air rebusan ayam - setengah ekor ayam direbus bersama 4 sekawan, halia, bawang besar dan bawang putih.
beras - direndam sekejap bersama air kunyit
daun pandan, hirisan bawang besar, bawang putih dan halia
kiub ayam/ stok ayam

Caranya:
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan 4 sekawan sehingga layu dan wangi. Masukkan beras dan goreng seketika sebelum ditambah air rebusan ayam. Masukkan daun pandan dan garam sekucup rasa bersama kiub atau stok ayam. Masak sehingga airnya kering dan alihkan ke dalam bekas kukusan. Kukus sehingga masak.

Ayam:
Ayam yang direbus tadi diasingkan. Gaulkan dengan kicap manis dan garam secukup rasa. Perap seketika sebelum digoreng dengan sedikit minyak. Goreng supaya kulitnya garing. Goreng sekejap je sebab ayam dah masak masa direbus tadi. (boleh diperap bersama madu + kicap. Tapi madu takde...)

kicap perapan ayam tu dibuat sos. kalau nak pedas, tumbuk sedikit cili api dan gaul sekali di dalam kicap

Untuk sos cili
Masakkan cili kisar dan bawang putih tanpa minyak sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam






gemuk-gemuknya bawang putih...anak sape la yang buat ni.... nak cepat..




Maka siapla hidangan yang tak seberapa ni....

Bingka Labu

Suka makan labu. Selalu buat lepat labu je. tapi kelapa parut tak de... Daun pisang lagiii laaaa... mana nak carik... Senang-senang buat bingka...

Bahan dan caranya:
Labu dibuang kulit, dipotong kecik-kecik dan direbus sehingga empuk. Keluarkan labu tu panas-panas dan lenyekkan bersama sedikit garam dan gula secukupnya. Masukkan 2 bj telur dan gaul rata. masukkan 1/2 cwn pati santan dan 1 1/2 cwn tepung. Bakar lebih kurang 45 min



ni potong masa tengah panas...hoho tak sabar punye pasal...bila dah sejuk potong cantik je....



Thursday, January 30, 2014

Sup Ketam air tangan Mr Z

Dah lama tak buat N3. Koleksi Pics makanan pun byk dah ni.... Kite mulakan dengan resepi Sup Ketam.

Sup ketam ni suami yg masak...masak sebab isteri dia malas eh letih nak masak. Masak dengan panduan dari puan isteri.... sedap jgk... lagipun ketam tu fresh lagi... manis je rasanya....

Resepinya senang je... Korang masukkan air ke dalam periuk bersama hirisan bawang besar, sebatang serai dan hirisan cili api. Bila air dah mendidih masukka ketam dah hirisan daun bawang. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Siap




Monday, January 20, 2014

Sup Cendawan

Suka makan cendawan. masa belajar u dulu kat rumah sewa, saya suka masak sup cendawan, Ada sorang member saya dulu ni suka makan. Kalau datang rumah saya mesti bawa cendawan suruh saya masak.

Bahan dan caranya:
Tumis bawang besar dan bawang puith dan masukkan air. Masukkan isi ayam dan hirisan cili api. masukkan cendawan. (saya guna cendawan tiram dan cendawan paha ayam. perasakan dengan garam dan gula. Saya masukkan juga fish cake. Korang masukkan la apa yang korang rasa sedap ye untuk korang... ok bai...



Sunday, January 19, 2014

Breakfast pagi ni - Nasi goreng isi ikan




Resepi nasi goreng:
Tumis bawang merah, masukkan cili kisar. Tumbuk cili padi, bawang putih dan isi ikan goreng. Masukkan ke dalam nasi. Perasakan dengan garam. Goreng sehingga sebati.

Saturday, January 18, 2014

Pau Kacang Merah

First time buat inti kacang merah. Dedolu penah buat init kelapa je. Takut jugak tak menjadi inti nya...

Cara buat inti:
Kacang merah direndam sekurang-kurangnya sejam sebelum direbus sehingga empuk. Blend kacang merah tadi sehingga halus. Masukkan ke dalam kuali dan masak sehingga pekat. Masukkan gula dan garam.


cara buat pau:
Tepung (guna tepung pau lagi lembut) sedikit minyak, garam, gula air dan yis mauripan.
Uli semua bahan kecuali yis. yis dibancuh dengan air suam dan dimasukkan ke dalam adunan. Uli dan biarkan adunan mengembang. Uli semula dan siap untuk digunakan.

Masukkan inti dan rehatkan seketika sehingga adunan kembang sedikit. Kukus 10-15 minit sehingga pau masak.




Friday, January 17, 2014

Gulai Lemak Cili Api Ikan kering dan Nenas

Gulai lemak lagi... Nak buat cam ner... tekak ni suka makan macam tu...

Bahan dan caranya:
Nenas, ikan kering (ikan seludu), santan, serai
cili api, bawang besar dan kunyit ditumbuk halus

Satukan semuanya dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.




Sedap uoollsss....



Thursday, January 16, 2014

Pasta Fettuccine

Tekak teringin nak makan benda-benda macam ni... En di rumah pun sekali testing terus suka makan. Ni resepi saya belasah je...masak guna bahan yang ada di rumah

Caranya:
Fettuccine direbus.
Tumis bawang besar yang didadu, 2 sd cili kisar, 2 bj tomato yang dibelah 4, daging ayam dan lembu yang dikisar, hirisan cili api sehingga pecah minyak. Masukkan cendawan paha ayam (kat rumah ada cendawan ni). Masukkan stok ayam dan perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk digaulkan bersama fettuccine





Tuesday, January 14, 2014

Serawa Durian

Petang-petang yang berangin timur ni memang sedap makan bubur durian ni aka serawa durian. Saya selalu cicah dengan roti putih. Harini advance sikit ... cicah dengan roti jala... Yezzaaa...

Bahan dan caranya:
Durian, sanatan daun pandan, garam dan gula.
Satukan semuanya dan kacau rata supaya isi durian tu sebati dengan santan.





Saya jenis buat yang berkuah... Ada orang buat sampai pekat kuahnya. Ikut selera masing-masing la...

Cicah dengan roti jala....


Tapi lagi sedap kalau dapat makan dengan pulut... sedapnye la hai...

Monday, January 13, 2014

Ikan Kembung masak Taucu dan Petai

Lauk ni memang saya sorang je yang suka. En suami memang tak suka langsung. Dia cuma amik cilinya je buat ulam.... Tapi Pn isteri memang sukaaaa sangatttt...

Bahan-bahan:
Ikan kembung - ikan lain pun boleh contoh ikan nyok-nyok ke, tenggiri ke...
Kacang soya masin - saya basuh dulu buang masinnya
cili hijau - dibelah tengah
bawang besar, bawang putih dan halia - dihiris halus
petai, asam jawa, garam dan gula

Caranya:
ikan digoreng terlebih dahulu dan diasingkan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan taucu aka kacang soya masin. Masukkan sedikit air dan asam jawa kemudian masukkan cili hijau dan petai. Perasakan dengan garam dan gula. Siram ke atas ikan goreng tadi.



Sunday, January 12, 2014

Gulai Lemak Cili Api Terung telunjuk, Pucuk Ubi dan cendawan Kukur

Wahh.... 3 in 1... Banyaknya bahan feberet dalam satu masakan... hoho... Kalau ada petai boleh buh skali... ha ahah ahaha... gelak dengan jahatnya....

Bahan-bahan:
Terung telunjuk, pucuk ubi, cendawan kukur
cili api dan bawang merah - ditumbuk halus
santan, kunyit, garam dan gula
sedikit ikan bilis

Caranya:
Satukan semuanya di dalam periuk. kacau selalu supaya santan tak pecah dan perasakan dengan garam dan gula.





Memang la siksa nak siang cendawan tu.. tapi hasilnya...lumayannn... sedap tau

Saturday, January 11, 2014

Cendawan kukur tumis

Sedapnya... Dah lama tak makan. Cendawan ni rasa lain sikit daripada cendawan tiram tu. yang ini rasa kenyal-kenyal skit. Tumbuh selalunya di batang-batang pokok. Sape ada kebun getah memang boleh jumpa la... Ooohh lupa nak beritau... cendawan ni tumbuh kat batang pokok yang tumbang tau....

Bahan-bahan:
Cendawan kukur
2,3 bj cili api yang ditumbuk bersama bawang besar
sedikit air, garam dan gula.

Caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi, masukkan cendawan kukur. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula.





Tapi korang, sebelum nak masak cendawan kukur ni kena la siang dulu cendawan nya. Buangnya kat tangkai tu. Sebab kekadang kat tangkai tu melekat kulit batang pokok tu...

Cam ni la...