Bahan-bahan:
Tulang lembu
bawang besar, bawang putih, halia
sos cili, tomato, tiram
kicap manis
Bahan kisar - bawang besar, halia, bawang putih, cili kering
daun saderi
fish cake
carrot, sawi, cili merah, tauge, tomato
bancuhan tepung jagung
telur
Isi ayam, udang dan sotong (sebab tulang sikit sangat)
Cara-cara:
- Rebus tulang lembu bersama batang saderi, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga daging di tulang lembut...
- Tumis tanpa minyak, cili yang dikisar, sos cili, sos tomato dan sos tiram sehingga masak.
- Masukkan isi ayam, sotong dan udang ke dalam bahan tumis sehingga ayam dan lain-lain separa masak.
- Masukkan semua bahan tumisan ke dalam rebusan tulang dan kacau rata.
- Masukkan hirisan fishcake, carrot dan bila carrot dah empuk baru masukkan sawi, tomato dan batang sederi.
- Perasakan dengan garam, gula dan kiub ikan bilis.
- Masukkan bancuhan tepung jagung dan pecahkan telur untuk memekatkan kuah.
- Untuk mi: Gunakan kuah yang belum dimasukkan bancuhan tepung dan telur ke dalam mi dan masak sehingga mi bertukar warna.
- Sedia untuk dimakan.
mi yang telah dicelur dengan air rebusan tulang |
En Somi suka makan bersama dengan tauge mentah. Saya pun suka, Saya masak ni guna bahan yang ada di rumah je. Tapi mi kuah ni kalau ada bawang goreng ke, tauhu ke... mesti best kan...
No comments:
Post a Comment