Tetiba, boss cakap, "esok masak nasi ayam ye"....
"oh... okay...."
Resepi kat sini ekk....
Macam biasa, nasi ayam ni patik kukus... meh patik cerita sikit-sikit.
Mula-mula, rebus ayam bersama hirisan bawang merah, bawang putih, halia, dan rempah 4 sekawan.
Toskan ayam dan perapkan dengan kicap.
Untuk nasi, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan beras yang telah direndam dengan kunyit. Goreng sekejap beras tadi, kemudia barulah masukkan air rebusan ayam tadi. Perasakan dengan garam, kiub ayam, stok ayam dan biarkan sehingga beras tadi hampir masak.
Bila dah hampir masak, alihkan ke dalam bekas pengukus.
Alaskan dengan daun pandan. |
Masukkan nasi yang hampir masak tadi. |
Tutupkan dengan daun pandan. |
Oleh kerana saya ni jenis masak ikut suka, saya dengan sesuka hati telah menggoreng bawang untuk ditabur di atas nasi tadi.
Untuk sup, saya rebus ayam dan sup buniut.
Dengan sesuka hati, saya telah menggoreng hirisan bawang merah, bawang putih dan halia dan dituangkan ke dalam rebusan ayam tadi. Masukkan daun saderi dan perasakan dengan garam dan gula.
Alamak, guna flash...tak berapa nampak pulak. |
Taburkan dengan bawang goreng. Nak tabur daun sup, daun bawang pun bole tapi macam biasa, benda-benda tu tiada di rumah patik.
Dengan sesuka hati makan dengan telur....ha ha ha..
Lawan pulak dengan air limau plus pudina. Sekarang ni, semua air nak letak pudina. Addicted sungguh... Sambil menaip ni pulak, minum teh o panas bersama pudina jugak...
Sekian...
No comments:
Post a Comment