Pages

Thursday, September 11, 2014

Gulai Lemak Cili Api Pucuk Ubi dan Cendawan Kukur

Cendawan kukur ni biasa kita jumpa melekat/ tumbuh pada batang pokok getah yang telah tumbang... betui ke ayat patik ni...hihihiii

Terima kasih sangat-sangat pada ayah patik kerana sanggup mengepos cendawan kukur ni untuk anakanda. Terharu... kasih seorang ayah... Tahu aje apa yang anak dia suka makan.

Maka dengan itu, patik telah memasaknya dengan cara yang paling patik suka...iaitu masak lemak cili api. Petik pucuk ubi kat belakang rumah, masak campur dengan cendawan kukur... perrgghhh....


Resepi:
Kisar cili api, kunyit hidup dan bawang merah sehingga lumat. masukkan ke dalam periuk bersama santa cair. Masukkan juga daging, asam keping pucuk ubi dan kulat/ cendawan kukur.

Kacau sehingga semuanya lembut dan masukkan garam dan gula. Akhir sekali, masukkan santan pekat, kacau sehingga mendidih. tutup api dan siap untuk dihidang.




No comments:

Post a Comment