Pages

Saturday, September 6, 2014

Char Koey Teow

Masa belajar di UiTM Arau dedulu, char koey teow ni adalah makanan wajib hampir setiap malam. Sedap sangat... dan saya memang penggemar makanan ala-ala cina...

Selalu teringin nak cuba masak. Dan ofkos, tak pernah menjadi. Bila tekak tetiba teringin nak makan, dan oleh kerana kat sini tak tahu gerai/kedai mana yang sedap.... iols cuba goggle resepi dan try masak...


Resepi dari google: Resepi copy dari Potret Kasih

Untuk paste
  • udang 
  • air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis 
  • garam dan gula 
Untuk Kuey teow
  • koey teow 
  • 1 sudu makan cili kisar
  • udang
  • taugeh dan kucai
  • 1 biji telur
Cara penyediaan untuk paste
1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi.
2. Masukkan udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan koey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.



Boss kat rumah ni kata, sedap..ada rasa macam char koey teow beli... tapi kurang kaw...

ermm... tekak saya boleh terima char koey toew ni walaupun kurang kaw.. yang penting, bila masak sendiri kita tahu bahan yang kita guna bersih.

Tapi dalam resepi tu ada bahan yang saya tak bubuh sebab takde. Jadi tak follow resepi google tu 100%.. Tak pe...pas ni, bila ada mood rajin...hihihi.. iols buat lagi... Bagi kaw..kaw..

No comments:

Post a Comment