Pages

Thursday, September 25, 2014

Mi kari Lagi

Kecur liur bila teringatkan mi kari. kali ni saya masukkan udang dan sotong yang kebetulan ada. Almaklum lah, saya memasak ikut apa yang ada je..

Kirim ke jiran sebelah
Sebenarnya, buat mi kari ni nak balas bekas jiran sebelah.



Resepi kat sini...

Wednesday, September 24, 2014

Mi Goreng Basah



Caranya:
Tumis hirsan bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Masukkan isi ayam, tauhu dan fish cake.

Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Kemudian masukkan kicap manis dan sedikit air.

Masukkan sotong atau udang dan setelah udang / sotong hampir masak, masukkan mi.

Masukkan sawi dan juga tauge. Kacau dan pecahkan telur. Cepat-cepat kacau. Siap untuk dihidang.

Tuesday, September 23, 2014

Monday, September 22, 2014

Nasi Goreng Petai

Kalau balik Ipoh, emak mesti masakkan sambal udang petai. Dan kalau ada lebihan sambal petai tu, esoknya untuk sarapan emak akan buatkan Nasi Goreng Petai.

Caranya:
Tumis bawang merah dan masukkan nasi yang digaul dengan sedikit garam. Masukkan telur dan kacau. Kemudian, masukkan lebihan sambal udang petai dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.



Sunday, September 21, 2014

Nasi Goreng Gulai Ayam

Saya suka sangat gorengkan nasi berperencahkan lebihan lauk-lauk. Kalau ada lebihan sambal sardin, saya akan buatkan nasi doreng berperencah sambal tersebut. Dan ia merupakan kegemaran kami adik beradik.

Begitu juga dengan lebihan sambal bilis ataupun lebihan kari ayam. Bila nasi digoreng bersama lebihan tersebut, siaplah... berebut-rebut adik beradik saya makan.

Mula-mula dulu suka goreng nasi bersama lebihan sambal je. Tapi ada sekali tu, masa kami semua kecik-kecik dulu, saya pernah mencuba menggoreng nasi dengan lebihan gulai kari ayam. Dan rasanya memang sedap cuma korang jangan la letak kuah gulai tu banyak sangat. Agak-agak secukupnya untuk nasi yang digoreng tu, sudah lah.

Haritu, ada kenduri di rumah saudara suami. Dia bekalkan kami dengan gulai ayam yang sangat pekat. Sesuai sangat nak buat rencah nasi goreng.

Caranya:
Carikkan isi ayam lebihan gulai kari tadi.

Tumiskan bawang merah dan setelah layu masukkan nasi sejuk yang telah digaul garam.

Masukkan ayam yang dicarik tadi dengan sedikit kuah gulai. gaul rata dan siap untuk dihidang.

Kosong je sebab nak cepat. 

Sempat goreng telur je.
Korang boleh tambah dengan hirisan cili atau sayur-sayuran lain, atau korang taburkan dengan bawang goreng atau hirisan daun bawang atau sup. mesti lagi best.

Kat rumah ni, peti ais dah kosong...jadi, nasinya pun kosong la jugak... hihihhi..

Nanti, kalau ada lebihan gulai ayam lagi, saya akan masak nasi goreng yang lebih sempurna... tapi tak janji laa... hahaha

Saturday, September 20, 2014

Nasi Ayam Kukus lagi

Dah seminggu lamanya saya masak asyik tak sedap, tak kena dengan selera. Sudahnya, selang sehari, pergi beli nasi bungkus lah, lunch di luar lah, tak masak nasi tapi ganti dengan mi lah.. laksalah...

Tetiba, boss cakap, "esok masak nasi ayam ye"....
"oh... okay...."

Resepi kat sini ekk....

Macam biasa, nasi ayam ni patik kukus... meh patik cerita sikit-sikit.

Mula-mula, rebus ayam bersama hirisan bawang merah, bawang putih, halia, dan rempah 4 sekawan.

Toskan ayam dan perapkan dengan kicap.

Untuk nasi, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan beras yang telah direndam dengan kunyit. Goreng sekejap beras tadi, kemudia barulah masukkan air rebusan ayam tadi. Perasakan dengan garam, kiub ayam, stok ayam dan biarkan sehingga beras tadi hampir masak.

Bila dah hampir masak, alihkan ke dalam bekas pengukus.

Alaskan dengan daun pandan.

Masukkan nasi yang hampir masak tadi.

Tutupkan dengan daun pandan.

Oleh kerana saya ni jenis masak ikut suka, saya dengan sesuka hati telah menggoreng bawang untuk ditabur di atas nasi tadi.

Sebenarnya, saya juga letakkan daun saderi di atas nasi supaya berbau wangi.

2 jenis ayam, satu diperap dengan kicap dan satu lagi yang digaul dengan kunyit. Pas tu semua digoreng.

Bahan-bahan sampingan yang lain.


Tomato seciput jer. Kami memang suka makan bersama nenas.


Siap semuanya. Nasi ayam yang dimasak sesuka hati patik. Resepi lengkap, boleh klik kat atas.

Untuk sup, saya rebus ayam dan sup buniut.

Dengan sesuka hati, saya telah menggoreng hirisan bawang merah, bawang putih dan halia dan dituangkan ke dalam rebusan ayam tadi. Masukkan daun saderi dan perasakan dengan garam dan gula.

Alamak, guna flash...tak berapa nampak pulak.


Taburkan dengan bawang goreng. Nak tabur daun sup, daun bawang pun bole tapi macam biasa, benda-benda tu tiada di rumah patik.





Dengan sesuka hati makan dengan telur....ha ha ha..



Lawan pulak dengan air limau plus pudina. Sekarang ni, semua air nak letak pudina. Addicted sungguh... Sambil menaip ni pulak, minum teh o panas bersama pudina jugak...

Sekian...


Wednesday, September 17, 2014

Kek Mentega

Saya cuba buat kek span berpandukan resepi google. Teringin sangat nak buat kek span sendiri lepas tu boleh deko-deko.

Tapi setelah 2 kali percubaan gagal, iols terus je lupakan hasrat ber'kek span' tu. Tukar resepi.. buat kek yang resepi memang dalam kepala... Kek Butter...

Tangan jenis tak berseni.. habis berbiji-biji telur. Sampai bos kat rumah ni kata... kek ke bengkang ni.. Takmo beli telur dahh... Adoiii... Kalau tukang beli telur merajuk...tukang bakar kek jadi phobia nak buat kek...

Jadi, setelah berminggu kejadian kek tak jadi tu, iols dengan berani-berani takut, buat kek yang biasa buat tu...

Resepi Kek mentega versi iols... resepi ni iols agak2 je tak guna penyukat. Adunan ni untuk setengah biji kek yang saiz biasa tu.

3 bj telur
1/2 cawan gula
1 cwn tepung gandum
1 sdt baking powder
3/4 cwn mentega
1/3 cwn susu pekat manis
esen vanila

Caranya:
Pukul gula dan metega sehingga kembang, masukkan telur satu persatu. Masukkan susu dan pukul sehingga sebati. Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
Sedia untuk dibakar dengan suhu 180 c selama lebih kurang 20-30 min.

Kek span yang tak jadi tu.. atas gebu bawah macam bengkang. Nak kumpulkan semangat baru nak try baking lain

kek mentega iols



Boss kat rumah bukan main memuji kek ni. Siap banding dengan kek yang tak jadi tu. Siap suruh buat lagi walaupun masa tu kek penuh kat mulut.

Psssstt... kek ni mungkin sedap pada tekak patik dan bukan pada tekak korang...ampun uolssss...

Pokok labu

Tiba-tiba terselit satu. Masa bila benih ditabur pun saya tak pasti.



Tak sabar nak tunggu hasil.

Tuesday, September 16, 2014

Sawi Bunga

Banyak yang saya semai. Mula-mula, banyak yang hidup tapi yang survive cuma 2 pokok.... Sayang pulak nak makan...






Monday, September 15, 2014

Buah Pelam Cokanan

Sedap buah pelam ni, lemak-lemak manis. Banyak berjasa kepada kami. Alhamdulillah, masih berbuah lagi sehingga kini...non-stop.