Pages

Saturday, February 28, 2015

Kek Mentega

Banyak-banyak kek, kek ini paling kerap dibuat dan menjadi kek kegemaran suami dan saya.

Pernah buat kek span, yang mana resepinya dari internet, dengan menggunakan banyak telur plak tu, kek span saya jadi bengkang. Dua, tiga kali cuba tak menjadi, akhirnya saya give up. Kena pulih semangat dulu, baru boleh nak cuba lagi.

Banyak-banyak kek internet yang saya cuba, hanya kek span sahaja yang tak pernah menjadi... rugi sangat...

sebuku mentega + 6 bj telur =3 bj kek




Tak menyempat-nyempat, suami mesti suh potong sikit untuk dia. Sedap panas-panas katanya.

Resepinya di sini.

Friday, February 27, 2015

Kerabu Taugeh dan Kerang

Hari tu, suami beli kerang dalam kuantiti yang agak banyak. Segar-segar dan kecik molek je. Kami memang suka kerang yang kecik-kecik dan tak terlampau besar. Yang besar tu kadang-kadang tak lalu nak makan.

Mentang-mentang dah reti buat kerabu, si suami macam bagi hint suruh buat lagi jek...




Resepinya lihat di sini ye.. Kerabu Taugeh

Bezanya, saya tambahkan kerang yang telah direbus terlebih dahulu. Saya juga tambahkan pucuk paku yang telah dicelur terlebih dahulu.

Thursday, February 26, 2015

Gulai Lemak Cili Padi Udang dan Rebung

Sesi menghabiskan rebung... Kali udang galah yilek... Guna udang biasa je...



Resepinya kat sini...

Wednesday, February 25, 2015

Kerabu Tauge

Saya mula suka makan kerabu selepas saya berkahwin, almaklumlah suami asalnya dari utara. Mak mertua pulak memang pandai memasak dan salah seorang yang penting dalam kenduri kendara di tempat saya.

Saya tak pernah ingin mencuba membuat sendiri apa jua jenis kerabu. Pada fikiran saya, sudah tentu tidak menjadi dan macam leceh je nak buat kerabu ni.

suatu hari, bila dah jemu makan apa yang selalu dimasak, terdetik hati untuk membuat kerabu. Lagi pun semua bahan macam ada dan cukup untuk membuat kerabu.

Saya terus menggoogle untuk cari resepi terbaik untuk membuat kerabu. Banyak, tapi bahan yang saya lihat tak sama macam yang selalu saya makan hasil air tangan mertua. Jadi berbekalkan sedikit maklumat daripada internet dan ingatan rasa yang pernah saya makan, saya cuba mengolah sendiri resepinya.



Bahan dan caranya:

udang dibuang kulit dan direbus, asingkan.
udang kering direbus, asingkan
kepala udang dan kulit direbus dan ambil airnya.
Taugeh
kerisik
santan-saya guna santan kotak
serai,bawang besar, halia, lada hitam, sebiji cili padi
perahan limau, garam dan gula

Ambil 4,5 ekor udang yang direbus, udang kering, serai, bawang besar, halia, lada hitam, cili padi dan kisarkan menggunakan air rebusan udang sehingga lumat.

Masukkan ke dalam kuali dan masak bersama santan. Masukkan juga kerisik dan masak sehingga kuah pekat dan cukup-cukup untuk jumlah taugeh. Perasakan dengan garam dan gula.

Celurkan taugeh dan toskan. Masukkan udang yang telah direbus dan kuah pekat yang dimasak tadi. Gaulkan sehingga sekata. Masukkan perahan limau dan gaul lagi hingga sekata. siap

Saya juga masukkan hirisan daun kaduk dan juga fish cake.


Daun kaduk ni ulam kegemaran saya manakala fish cake tu encik suami yang minat sangat.

Akhirnya, berjaya juga membuat kerabu sendiri, si suami pun suka. Bila suami dah suka tu, kira berjaya la ekk...

Ini pulak untuk diratah oleh patik bersama hirisan mangga


Tuesday, February 24, 2015

Ayam Panggang

Dua, tiga menjak ni, ayam sudah tak laku di rumah saya. Rasa jemu sangat walaupun suami suka sangat makan ayam.

Teringin nak makan ayam golek atau ayam panggang. Nak buat takut tak sedap. Nak beli takde pulak dijual di sekitar tempat saya ni.

Jadi resepi ayam panggang kali ni adalah resepi yang di'belasah' je. Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang ada di rumah saya dan resepinya bukan di'google' atau dipelajari dari sesiapa.

Jadi kalau korang ikut resepi ini, iols tak bertanggung jawab di atas hasilnya...huhuhu...

Bahan dan caranya:

Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam. Rehatkan ayam sebentar.

Bahan perapan:

Serbuk cili, serbuk bawang putih, serbuk bawang merah, serbuk jintan manis, lada hitam yang tumbuk kasar, serbuk halia, madu, minyak dan 2 sd gula serta perahan limau.

Semua bahan dimasukkan ke dalam bekas (Saya gunakan beg plastik). Masukkan ayam dan gaul rata. Rehatkan ayam tadi selama 10 min sebelum diperap di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam. (saya perapkan semalaman).

Saya panggang guna oven dan saya gunakan benda ni

Saya gunakan beg plastik macam ni

sebelum dipanggang

Tambah kentang

Bakar dengan suhu 180 c selama lebih kurang 50 min hingga sejam

Hasilnya

Suami kata sedap. Banggalah jugak sebab buat pakai hentam kromo.  Jadi, dengan bangganya, buat untuk kali kedua.

Kali kedua








Kali ini lapik pulak dengan daun kunyit
Kalau ikut step, pertama saya perapkan ayam dengan garam. Kemudian baru dengan madu.

Masukkan ke dalam plastik perapan, baru letak serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk bawang merah, bawang putih dan halia, lada hitam yang ditumbuk kasar, gula dan minyak. Gaulkan sebati, barulah perahkan limau atau lemon.

Kemudian gaul lagi. Perapkan di luar peti ais dalam 10 min baru masukkan ke dalam peti sejuk.

Esoknya keluarkan ayam tadi dan biarkan 10min sebelum dibakar untuk cairkan rempah-rempah yang diperap. Bakar dengan suhu 180 c lebih kurang sejam atau sehingga masak. Panaskan oven sebelum mula memanggang ayam.


Monday, February 23, 2015

Homemade Jus Mangga

Tekak tiba-tiba teringin nak minum jus mangga. Tanya semua stall yang jual air gempak-gempak dalam shopping mall, semua gunakan sirap mangga dan bukannya buah.

Suami pulak, sebab kesian kat darling dia ni, beli lah jus mangga Sunqist. Katanya bancuhlah untuk hilangkan teringin tu. Dia dah cari buah mangga kat gerai buah yang selalu dia beli tu. Buah mangga yang ada semua dah kecut.

Tapi hari ini, suami tercinta telah membawa pulang 3 jenis mangga untuk si isteri. Katanya, dia tak tahu jenis mana yang sedap dibuat jus.

Saya ni bukannya pernah buat jus mangga ni. Minum pun tak pernah. Jadi saya telah memilih buah mangga yang berwarna kuning yang berbau harum. Mangganya nama apa pun saya tak tahu.

Tadaaa... inilah hasilnya...





Dua kali buat, dua-dua menggunakan mangga yang berlainan.




Kali kedua jus yang dibuat tak sesedap kali pertama. Mungkin kerana buah mangganya terasa masam.

Tapi yang penting, rasanya sungguh nikmat. Puas dapat minum jus mangga yang dibuat menggunakan buah bukannya sirap.

Cara saya buat jus mangga:

Kupas buah mangga dan masukkan ke dalam pengisar bersama 2 sd gula, secubit garam, ais kiub dan setengah cawan air. Kisar sehingga sebati.

Sunday, February 22, 2015

Kopitiam Asam Pedas Jitra

Pernah dengar tak nama kedai makan ni. Popular sebab masuk tv dan popular kerana udang galahnya.

Saya pergi masa tu dekat pukul 6 ptg dan kedainya masa tu tak ramai orang.



Megi asam pedas udang


Nasi goreng Thai Phuket


Dan masa saya datang, udang galah tak ada dan hanya ada udang biasa.

Rasanya sedap, manis-manis macam stail kelantan tapi tak ketaralah manisnya.

Saturday, February 21, 2015

Breakfast..

jom kita bersarapan...




Sarapan ke  apa ni???

Nasi Goreng Udang

Ada lebihan sambal udang malam tadi.

Resepinya:

Goreng ikan bilis sehingga rapuh dan asingkan. Tumis bawang besar dan pecahkan sebiji telur. masukkan nasi dan gaul rata. masukkansambal udang tadi dan gaul sehingga sekata. Masukkan ikan bilis goreang dan perasakan dengan sedikit garam Sikit je sebab sambal udang tadi dah bergaram.

Boleh dipelbagaikan dengan hirisan carrot atau pun sayur lain.



Friday, February 20, 2015

Daging Dendeng

Resepi daging dendeng ini diajar oleh kawan arwan opah saya. Katanya, beliau menjual daging dendeng ni di KL.

Cara dan bahannya amay mudah. Tak sama macam orang lain jual atau buat. Tapi rasanya memang sedap bagi saya.

Saya pernah masak daging dendeng ini untuk dimakan bersama Nasi Daging Berempah, ketika Kenduri Korban beberapa tahun dahulu. Memang sesuai dan sedap.

Resepinya:
Daging dihiris nipis dan direbus sehingga empuk, kemudian ditumbuk - saya tak tumbuk.
Setelah ditumbuh sehingga nipis, perapkan dengan kicap manis kipas udang.
Bawang besar dihiris nipis dan digoreng. Kemudian alihkan. - Gunakan bawang yang banyak.
Cili kering dan bawang besar dikisar halus, kemudian ditumis sehingga pecah minyak.

Masukkan daging yang diperap tadi bersama kicapnya. Kacau sehingga sebati laulu dituangkan air rebusan daging tadi.

Renih sehingga kuah memekat dan masukkan asam jawa. Masukkan bawang l yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula.

Tak berapa nak jadi. Patutnya bersambal dan kemerah hitaman. Kurang cili kisar

Gunakan bawang yang digoreng sendiri. kalu guna bawang goreng segera tu, manis bawang tidak dapat diserap oleh daging.

Kirim kepada jiran...walaupun kurang menjadik..huhu



Mee Kari

Mi kari stail sendiri. Paling kerap dibuat. Sambil nak upload gambar mi kari ni, terasa kecur air liur. huhu



Tak sah mee kari satil saya ni, kalau tak letak telur rebus. Lagi-lagi telur rebus tu separuh masah...Walllahhhh...
Resepinya di sini...