Pages

Wednesday, February 25, 2015

Kerabu Tauge

Saya mula suka makan kerabu selepas saya berkahwin, almaklumlah suami asalnya dari utara. Mak mertua pulak memang pandai memasak dan salah seorang yang penting dalam kenduri kendara di tempat saya.

Saya tak pernah ingin mencuba membuat sendiri apa jua jenis kerabu. Pada fikiran saya, sudah tentu tidak menjadi dan macam leceh je nak buat kerabu ni.

suatu hari, bila dah jemu makan apa yang selalu dimasak, terdetik hati untuk membuat kerabu. Lagi pun semua bahan macam ada dan cukup untuk membuat kerabu.

Saya terus menggoogle untuk cari resepi terbaik untuk membuat kerabu. Banyak, tapi bahan yang saya lihat tak sama macam yang selalu saya makan hasil air tangan mertua. Jadi berbekalkan sedikit maklumat daripada internet dan ingatan rasa yang pernah saya makan, saya cuba mengolah sendiri resepinya.



Bahan dan caranya:

udang dibuang kulit dan direbus, asingkan.
udang kering direbus, asingkan
kepala udang dan kulit direbus dan ambil airnya.
Taugeh
kerisik
santan-saya guna santan kotak
serai,bawang besar, halia, lada hitam, sebiji cili padi
perahan limau, garam dan gula

Ambil 4,5 ekor udang yang direbus, udang kering, serai, bawang besar, halia, lada hitam, cili padi dan kisarkan menggunakan air rebusan udang sehingga lumat.

Masukkan ke dalam kuali dan masak bersama santan. Masukkan juga kerisik dan masak sehingga kuah pekat dan cukup-cukup untuk jumlah taugeh. Perasakan dengan garam dan gula.

Celurkan taugeh dan toskan. Masukkan udang yang telah direbus dan kuah pekat yang dimasak tadi. Gaulkan sehingga sekata. Masukkan perahan limau dan gaul lagi hingga sekata. siap

Saya juga masukkan hirisan daun kaduk dan juga fish cake.


Daun kaduk ni ulam kegemaran saya manakala fish cake tu encik suami yang minat sangat.

Akhirnya, berjaya juga membuat kerabu sendiri, si suami pun suka. Bila suami dah suka tu, kira berjaya la ekk...

Ini pulak untuk diratah oleh patik bersama hirisan mangga


No comments:

Post a Comment