Pages

Sunday, February 8, 2015

25 Disember di Hatyai - Ice Dome

Saya dan suami bercuti ke Hatyai lagi. Kali ini menemani sepupu suami yang teringin hendak ke sana.

Saya sebenarnya kurang sihat. Sehari sebelum bertolak ke Hatyai, saya telah mengalami demam yang agak teruk. Sempat ke klinik untuk dapatkan ubat dan antibiotik. Dalam hati berdoa agar kesihatan semakin pulih.

Mengenangkan sepupu suami dan isterinya tidak pernah ke Hatyai dan mereka pula kesuntukan masa kerana hendak pulang ke Kuching, maka hari sebelum hari Natal telah diputuskan untuk bertolak ke Hatyai.

Cadangan yang dibuat sebenarnya ingin ke Krabi. Memandangkan kami tiada masa yang sesuai dan memandangkan tempoh yang diambil untuk ke Krabi agak lama iaitu lebih kurang 5 jam, jadi hajat ke Krabi terpaksa dibatalkan. InsyaAllah, ada rezeki kita ke sana pula.

Kami berempat bertolak ke Hatyai, pagi, menaiki van yang boleh dinaiki di stesen van di Padang Besar. Tambang RM 5. Masa ni matawang kita tak jatuh banyak sangat. Tak macam sekarang ni.

Tidur pula di Hotel Regency yang memang kawasan pelancong Malaysia tinggal. Ambik bilik yang selesa sikit berharga RM 130++

Kali ini, saya dan suami pergi ke tempat-tempat yang belum pernah kami pergi. Jom tengok!

Dah lama teringin nak ke Ice Dome. Kami naik teksi dari hotel ke sana. Harga teksi kalau tak silap RM 20. Dekat je dengan hotel, lebih kurang 10 - 15 min.



Bayaran masuk RM 30 Sorang. Di pintu masuk Ice Dome ni ada servis sewa kasut. Tak silap harganya RM 10 sorang termasuk stoking baru yang korang boleh ambik bawak balik. Kasut je sewa. Ada jugak yang tak sewa kasut, pakai seliper je. Sejuk weehhh...



Cer teka...mana satu kaki patik. 


Masuk je, ada satu bilik taklimat. Kesejukkan bermula. Kita akan didengarkan taklimat dalam bahasa Inggeris. Masa ni kita akan dapat sarung tangan dan winter coat. Diberi secara percuma dan perlu dipulangkan. 


Masuk ruang yang pertama, kita akan disambut oleh Photographer. Baik korang bagi je diorang amik gambar. Sebab murah. Nanti sebelum sampai pintu  keluar diorang akan tanya nak ke tak gambar tu. Ikut jenis frame, harga gambar dan frame cuma RM 15. Kalau frame berjenis sikit harganya RM 20. Murahkan. kalau kat Water world Langkawi, siaplah kena pau RM 50. Kena dah...





Tak silap, dalam Ice Dome ni ada 3 peringkat. Peringkat 1 yang banyak arca-arca dan ukiran ais. Kemudian peringkat 2 adalah kawasan ais yang tebal dan lebih sejuk. Kat sini anda boleh bermain luncur ais menggunakan pelampong. Peringkat 2 ni seperti gambar di bawah. ada sepohon je pokok.


Lepas tu, peringkat 3 adalah musim bunga. Kat sini boleh claim gambar yang ditangkap kat pintu masuk tu. Dan kat sini juga ada menjual cenderamata.





Tempat pulangkan winter coat dan sarung tangan
Sebelum ke peringkat 3 untuk musim bunga, kena pulangkan winter coat dan sarung tangan.


Semua peringkat ni nanti akan diterangkan oleh staff Ice Dome ni di Bilik taklimat yang mula-mula masuk tu.

Ice Dome ini terletak berhadapan dengan Bangunan Amway. Kalau kita nak beritahu teksi kena sebut Ai Dome baru faham. Tapi ada jugak yang faham bila sebut in Inglish....Ice Dome

Selepas itu kami melawat shopping complex yang besar-besar di Hatyai.

No comments:

Post a Comment