Suami pulak, sebab kesian kat darling dia ni, beli lah jus mangga Sunqist. Katanya bancuhlah untuk hilangkan teringin tu. Dia dah cari buah mangga kat gerai buah yang selalu dia beli tu. Buah mangga yang ada semua dah kecut.
Tapi hari ini, suami tercinta telah membawa pulang 3 jenis mangga untuk si isteri. Katanya, dia tak tahu jenis mana yang sedap dibuat jus.
Saya ni bukannya pernah buat jus mangga ni. Minum pun tak pernah. Jadi saya telah memilih buah mangga yang berwarna kuning yang berbau harum. Mangganya nama apa pun saya tak tahu.
Tadaaa... inilah hasilnya...
Dua kali buat, dua-dua menggunakan mangga yang berlainan.
Kali kedua jus yang dibuat tak sesedap kali pertama. Mungkin kerana buah mangganya terasa masam.
Tapi yang penting, rasanya sungguh nikmat. Puas dapat minum jus mangga yang dibuat menggunakan buah bukannya sirap.
Cara saya buat jus mangga:
Kupas buah mangga dan masukkan ke dalam pengisar bersama 2 sd gula, secubit garam, ais kiub dan setengah cawan air. Kisar sehingga sebati.
No comments:
Post a Comment