Jadi si isteri dengan bijaksananya memesongkan sikit rupa koey teow tu agar si suami tidak perasan bahawa koey teow kuah yang si isteri masak itu hampir sama rasanya dengan char koey teow.
Bahan-bahan:
udang kering direndam dan dikisar bersama bawang besar dan bawang putih.
cili kering dikisar bersama bawang besar
ketam dan udang dibersihkan
sawi, taugeh, fish cake, telur
sos tiram, kiub ikan bilis, garam dan gula.
Caranya:
Tumis kisaran udang kering sehingga naik bau. Masukkan kisaran cili dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan air secukupnya, ketam, udang dan fish cake.
Masukkan sawi, perasakan dengan garam, gula, sos tiram dan sedikit kiub. Pecahkan telur dan kacau rata. Siap.
Celur koey teow dan taugeh. Curahkan kuah tadi.
Saya suka koey teow yang dimasak bersama kuahnya sekali dan suka taburkan taugeh mentah tanpa perlu dicelur.
Tapi orang kat rumah ni makan tak ikut time. Ikut suka, jadi terpaksa asingkan kuah.
No comments:
Post a Comment