Pages

Tuesday, August 6, 2013

Kek Oren

Atas permintaan ibu mertuaku...

Resepi ini saya olah sendiri ikut bahan yang ada di rumah...

Bahan-bahan:
1 cwn tepung superfine
1 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula kastor
1 cwn minyak 
4 bj telur
1 sk baking powder
1 sk ovallete
1/2 cwn air oren bersari (sy guna brand twister)
2 sb jus oren sunqist
pewarna oren ( sy campurkan kaler merah dan kuning)
parutan kulit lemon dan epal merah

Cara-cara:
  1. Pukul 4 bj putih telur bersama gula sehingga jadi meringue.
  2. Dalam bekas lain pukul kuning telur bersama ovallete sehingga gebu.
  3. Tuangkan adunan kuning telur tadi ke dalam mangkuk adunan putih telur.
  4. Masukkan minyak dan putar sampai sebati.
  5. Ayak tepung superfine, tepung naik sendiri dan baking powder ke dalam adunan.
  6. Putar sehingga sebati seterusnya masukkan air oren dan jus oren.
  7. Masukkan parutan leman dan epal merah.
  8. Bakar 180 c selama lebih kurang 45 min.











No comments:

Post a Comment