Cucur udang ni kegemaran suami saya. Sambil saya goreng, dia akan curi satu... satu... tak sempat nak hidang.
Bahan-bahan:
Tepung gandum, udang, tauge, bawang besar yang dihiris, cili kering yang dikisar halus, air untuk bancuh adunan, garam dan gula.
Cara-cara:
Bancuhkan tepung dengan air, masukkan garam, gula dan cili kisar (dalam 2 sb). Kemudian gaul sebati. Masukkan tauge, hirisan bawang dan udang. ( Ada orang letak udang masa nak goreng, saya masukkan sekali. Cepat sikit...)
Bancuhan cucur udang yang telah digaul sebati.
Korang tepek kat tepi kuali. Kena guna kuali yang tak melekit. Saya guna kuali hikmat... walaupun bukan jenis non stick tapi memang tak melekat.. Kuali hitamku...heh heh..
Dah agak boleh tanggal dari kuali tu, korang tolak masuk dalam minyak. Goreng macam biasa.
Cucur udang saya jenis yang rangup dan rapuh. Tapi lembut di dalam.
Korang boleh makan dengan kuah kacang ataupun sos. Saya tak pandai nak buat kuah kacang tu. Lagipun tak sempat nak cicah. Cucur udang ni kami ngap macam tu jer...
No comments:
Post a Comment