Pages

Monday, February 3, 2014

Roti Jala Berinti

Sebenarnya saya nak buat karipap. Inti karipap ni saya campurkan kentang dan keledek.

Mula-mula, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan serbuk kari, kacau rata baru tuang sedikit air. Tuang sikit2 dan kacau. Bila dah pecah minyak, masukkan daging yang dicincang halus. kemudian masukkan kentang + keledek yang dipotong dadu. Masukkan air secukupnya untuk empukkan daging + kentang + keledek. Perasakan dengan garam dan gula.

okay, siap untuk inti.

Untuk kulit karipap pulak guna butter, tepung gandum dan air sejuk peti ais. Hoho...semua ada kecuali butter...hermmm...okay...

Pikir punya pikir nak buat apa dengan inti tadi....baru teringat... ada member ajar buat roti jala berinti nih... Sedap.... Saya selalu order kat dia...Ni saya try buat sendili plak...

inti tu baru kluar dari peti ais...sb tu yg atas2 tu kering...hoho

kulit roti jala

Bahan: tepung gandum, susu segar, sebiji telur, garam dan gula serta sedikit serbuk kunyit dan sedikit air (ikut kepekatan yang sesuai)


Lipat elok2.. jgn macam tangan tuan tanah ni... keras dan tak berseni



Salut dengan telur

Goreng dengan sedikit minyak

Siap untuk di ngap...


Hasil bedah siasat




Alhamdulillah...Kenyang... Makan2 sambil nak proses buat Pasembor...
Tq Junainah Ishak sebab kongsi resepi nih... Pas ni nak makan i nak order jer kat u...hahahaa....

No comments:

Post a Comment