Konon-konon nak buat stail lain skit...
Bahan-bahan:
megi kari, ketam, bawang merag, bawang putih, cili kering kisar, cili padi kisar, fish cake, daging ayam, sawi, udang
Caranya:
Tumis bawang merah dan putih, masukkan cili kering kisar dan cili padi kisar. Tumis sehingga cili tu masak. Masukkan air, fish cake, isi ayam dan serbuk kari (yang dalam megi tu). kemudian masukkan ketam. Bila ketam dah masak, masukkan megi dan sawi. Siap untuk dimakan.
Kat umah ni, saya selalu kisarkan cili padi dan simpan dalam fridge. Senang nak guna. Sebab itulah saya tumis 2 jenis cili kisar, cili kering n cili padi.
Cili kering selalu tak pedas. Nak lagi ummpphhh kena tambah cili padi....perrgghhh....
No comments:
Post a Comment