Pages

Saturday, November 30, 2013

Maggie sup sayuran

Kalau blogger terkenal pun boleh buat N3 pasal maggie, apalagi la saya kan... Tapi Che Mat Gebu mesti masak lagi sedap... selalu terliur tengok masakan dia.

Blog saya ni lebih kepada catatan untuk ingatan diri sendiri. Post gambar-gambar untuk kenangan sendiri.

Maggie sup sayuran ni saya belasah je masak guna bahan yang ada di rumah.
Tumis bawang merah, bawang putih dan hirisan cili padi. Masukkan secawan air. Masukkan stok ayam dan sos tiram. Pas tu masukkan maggie (buang perencahnya), sotong dan baby kailan. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.








Friday, November 29, 2013

Cucur Bawang dan Ikan Bilis

Petang-petang ni sesuai makan cucurkan... Ikan bilis je yang ada kat rumah ni...

Bahan-bahan:
tepung gandum, sebiji telur, secubit serbuk kunyit, hirisan bawang besar, ikan bilis, tauge, garam dan gula.

Bancuh semua sekali dan goreng dengan minyak yang banyak.





Thursday, November 28, 2013

Nasi Goreng Belacan

Masa study di Uitm Shah Alam dulu tiap-tiap malam makan. Abes je kuliah malam mesti tapau nasi goreng belacan kat Sek 7. Yang bestnye nasi goreng belacan tu ada daging lada hitam dan telur dadar yang digulung. Sedap sangat.

Ada lebihan sambal belacan, daging lada hitam pun ada... apa lagi...




Wednesday, November 27, 2013

Ayam masak Merah

Macam-macam stail ayam masak merah saya pernah buat. Kali ni masak merah yang tak pakai santan

Bahan-bahan:
Ayam - digoreng (jangan terlampau masak)
bahan kisar 1 (sebiji bawang besar, 3 ulas bwng putih, seinci halia, 2 btg serai)
Cili kisar (cili kering, sebiji tomato, sebiji bawang besar, seulas bawang putih) - sebenarnya cili kisar memang saya buat banyak2 dan simpan dalam fridge.
sos cili, sos tiram, asam jawa, garam dan gula

Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar 1. Tumis sehingga bawang masak, masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Masukkan ayam goreng dan perasakan dengan garam dan gula.






Tuesday, November 26, 2013

Gulai Lemak Putih Sayur Kobis

Saya suka sangat makan kobis. Tapi sejak kawen ni jarang makan. Pantang kata orang tua-tua.

Tapi sekali sekali langgar gak pantang tu... Pantang jumpa!!!!

Bahan-bahan:
Kobis - dihiris dan dibersihkan
santan -saya guna susu segar
udang/ikan bilis
bawang besar- dihiris
cili merah - dihiris
garam dan gula

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau jangan  bagi santan pecah. Perasakan dengan garam dan gula.




Makan dengan nasi panas-panas, buh kicap ngan ikan kembung goreng...Perrgghhh....

Lempeng Pisang

Suka tak makan? Sedap ni makan panas-panas...

Senang nak buat. Pisang dilenyek-lenyek, buh tepung gandum skit, gula dan secubit garam. Buh sesudu dua dalam daun pisang, ratakan, buh inti kelapa skit pas tu bakar... Saya bakar dalam kuali jer. kalau bakar atas dapur arang lagi sedap baunya...





Monday, November 25, 2013

Ulam

Saya suka makan sayur sejak kecil lagi. Tak puas makan nasi kalau takde sayur. Sebelum nak masak untuk lunch tadi, pergi ke kebun kejap. Kebun sekangkang kera je...Layak ke panggil kebun...haha

Kutip pucuk ubi, daun kari dan pucuk rumpun... pucuk rumpun ni bagus untuk lawaskan kencing. Celur je.


Inilah pucuk rumpun tu


Ulam rumpun yang telah dicelur


Pucuk ubi masak lemak cili padi dengan daging



Resepi gulai lemak Pucuk ubi. Cuma dalam resepi tu ada petai, yang ni tak de....

Sunday, November 24, 2013

Roti Jala cicah Kari Daging

Minum petang yang amat mudah. Lagi pun lebihan kari daging nasih ada, bahan yang diperlukan semuanya ada di rumah. Resepi saya google jer...





guna acuan ni


Daging Lada Hitam - menu berpantang

Di belah utara ni, suhu memang sejuk sekarang. Orang sini kata, sakarang ni musim angin timur. Sejuk tak kira pagi, tengahari ataupun petang. Malam lagi la sejuk.

Badan pulak tak berapa sihat. Dulu-dulu mak suka masak ikan kering lada hitam. Mak masak kalau badan rasa sejuk atau ber'angin'. Mak kata lauk ni sesuai untuk orang lepas bersalin.

Oleh kerana ikan kering yang mak selalu guna tak ada (ikan seludu kering), jadi saya tukarkan guna daging. Daging pun memang mak selalu guna tapi tak sesedap bila guna ikan kering seludu.

Bahan-bahan:
Daging (guna ikan seludu kering lg sedap)
4 sb lada hitam - ditumbuk halus (mak selalu guna sikit je, saya suka banyak2 bagi likat)
4 labu bawang putih (guna banyak sebab bawang putih ni dimakan buat ulam)
2 biji bwg merah - dibelah 2
kunyit (saya guna serbuk kunyit)
asam jawa
sedikit air, sedikit garam dan gula

Cara-cara:
Masukkan 2 cwn air ke dalam periuk bersama lada hitam yang telah ditumbuk halus, bwg putih, bwg merah, kunyit, asam jawa dan daging. Masuk semua skali dan renih sehingga bawang dan daging empuk.
Perasakan dengan garam dan gula.






Lepas makan, senang nak buang angin. Kencing pun lawas. Buang air besar pun mudah. Badan rasa ringan skit. Cubalah...

Saturday, November 23, 2013

Sarapan Pagi

Sejak mula cuti sekolah, badan tak sihat. Panas, sakit tekak, selsema, batuk....semua ada. Masa tengah menulis N3 ni pun badan rasa tak sihat lagi...

errmmmm.... Sarapan kami sejak 2, 3 hari ni....