Cucur udang ni kegemaran suami saya. Sambil saya goreng, dia akan curi satu... satu... tak sempat nak hidang.
Bahan-bahan:
Tepung gandum, udang, tauge, bawang besar yang dihiris, cili kering yang dikisar halus, air untuk bancuh adunan, garam dan gula.
Cara-cara:
Bancuhkan tepung dengan air, masukkan garam, gula dan cili kisar (dalam 2 sb). Kemudian gaul sebati. Masukkan tauge, hirisan bawang dan udang. ( Ada orang letak udang masa nak goreng, saya masukkan sekali. Cepat sikit...)
Bancuhan cucur udang yang telah digaul sebati.
Korang tepek kat tepi kuali. Kena guna kuali yang tak melekit. Saya guna kuali hikmat... walaupun bukan jenis non stick tapi memang tak melekat.. Kuali hitamku...heh heh..
Dah agak boleh tanggal dari kuali tu, korang tolak masuk dalam minyak. Goreng macam biasa.
Cucur udang saya jenis yang rangup dan rapuh. Tapi lembut di dalam.
Korang boleh makan dengan kuah kacang ataupun sos. Saya tak pandai nak buat kuah kacang tu. Lagipun tak sempat nak cicah. Cucur udang ni kami ngap macam tu jer...
Saturday, August 31, 2013
Thursday, August 29, 2013
Biskut Tart Nenas
Kalau bentuk buah memang suka sangat la... yang ini pak cik yang beli dan hadiahkan kepada kami hari raya aritu...
Wednesday, August 28, 2013
Sup Tulang
Sekarang dah jarang buat sup tulang... Jaga kesihatan...kikikiii... Tapi hari ni teringin nak makan. Ini cara saya buat sup. tak guna perncah sup ataupun sup bunjut.
Bahan-bahan:
Tulang - direbus sampai empuk
Bawang besar, halia, bawang putih - dihiris kasar
Jintan manis, lada hitam - ditumbuk halus
Kayu manis, pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
kentang
Daun bawang/sup dan seleri
hirisan cili padi
garam, gula
Cara-cara:
Tulang direbus sehingga empuk bersama kayu manis, pelaga, buang cengkih dan bunga lawang sehingga empuk. Masukkan jintan manis dan lada hitam yang telah ditumbuk halus. masukkan kentang dan rebus lagi hingga kentang empuk. Perasakan denga garam dan gula. Akhir sekali masukkan hirisan cili padi, daun sup/bawang dan seleri.

Tuesday, August 27, 2013
Sambal Sotong Petai
Saya tak pernah buat sambal petai dengan sotong, ikan bilis... udang selalulah.. Teringin nak makan sambal petai tapi udang tak ada... Jadi sotonglah mangsanya...
Bahan-bahan:
Sotong
bawang besar
asam jawa
cili kering - dikisar dengan bawang besar, seulas bawang putih, sedikit halia dan sebiji tomato.
petai
Cara-cara:
Tumis bawang besar sehingga layu kemudian masukkan cili kisar. tumis sehingga naik minyak kemudian masukkan petai dan sotong. Masukkan asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.

Monday, August 26, 2013
kek Marble
Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung superfine (tpg gandum pun boleh)
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 buku mentega
5 bj telur
1 1/3 cwn gula kastor
1 sk ovallete
1 sb baking powder.
1 cwn susu segar
esen vanila
3/4 cwn serbuk koko

- Putar mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga kembang.
- Masukkan ovallete dan pukul lagi hingga gebu.
- Sementara itu tapiskan semua tepung dan baking powder.
- Masukkan ke dalam adunan.
- Masukkan susu dan esen vanila dan pukul sehingga lembut adunannya.
- Bahagi 2 adunan. Satu ditambah serbuk koko.
- Bakar 180 c lebih kurang 45 min.
Sunday, August 25, 2013
Gulai Lemak Cili Padi Pucuk Ubi dan Ikan Rebus
Bahan-bahan:
ikan rebus
pucuk ubi
santan
asam keping
cili padi
kunyit
bawang merah
garam, gula
Cara-cara:
Tumbuk bawang merah, cili padi dan kunyit sehingga lumat.
Masukkan ke dalam periuk.
Masukkan santan, ikan rebus dan asam keping.
Kacau sehingga ikan rebus masak dan masukkan pucuk ubi.
Perasakan denngan garam dan gula.

Ikan Rebus |
Saturday, August 24, 2013
Sayur lemak Bayam Merah
Susah nak jumpa bayam merah ni di Utara... ke saya tak pandai cari...
Bahan-bahan
bayam merah
santan
cili merah
bawang merah
ikan bilis
garam dan gula
Cara-cara:
Masukkan santan, bayam, bawang merah, ikan bilis dan cili merah ke dalam periuk. Kacau selalu untuk elak santan pecah. perasakan dengan garam dan gula.
Paling saya suka, kuahnya akan bertukar warna pink...

Friday, August 23, 2013
Ayam Phad Phet
Satu resepi siam yang saya sangat suka...
Bahan-bahan:
Ayam
cili padi
bawang besar
kunyit
bawang putih
halia
serai
daun limau purut
asam jawa
tomato
terung pipit
Cara-cara:
Ayam dipotong kecil.
Kisar Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili padi... Boleh tambah cili merah kalau ada...
Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
Masukkan ayam, daun limau purut, tomato, terung pipit dan asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula.
Kadang-kadang saya goreng dulu ayam separuh masak kemudian baru tumis bahan kisar. Kadang-kadang saya terus tumis bahan kisar sehingga naik minyak kemudian masukkan ayam tanpa menggorengnya dulu. Mana-mana pun boleh...
Boleh juga gantikan ayam dengan udang, ketam, sotong atau kerang...

Thursday, August 22, 2013
Ikan Rebus masak Taucu
Masak taucu memang kegemaran saya. Kali ni guna ikan rebus. Kalau di Perak, ikan rebus memang ada dijual di pasar. Buat sendiri pun boleh...
Ikan rebus perlu dibersihkan sebelum digoreng. Tak perlu gaul garam dan kunyit.
Bahan-bahan:
ikan rebus
bawang besar, bawang putih, halia - dihiris
cili hijau/cili padi - dibelah tengah
taucu - basuh dulu sebab masin dan tambah dengan setengan cawan air
asam jawa
garam, gula
cara-cara:
Harga lebih kurang RM 5 /6 |
Ikan rebus perlu dibersihkan sebelum digoreng. Tak perlu gaul garam dan kunyit.
Bahan-bahan:
ikan rebus
bawang besar, bawang putih, halia - dihiris
cili hijau/cili padi - dibelah tengah
taucu - basuh dulu sebab masin dan tambah dengan setengan cawan air
asam jawa
garam, gula
cara-cara:
- Ikan digoreng dan diketepikan.
- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga keemasan.
- Masukkan taucu dan air.
- Masukkan asam jawa, cili hijau dan cili padi.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Tuang ke atas ikan goreng tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)