Pokok labu dialihkan ke tanah |
Pokok labu mula berbunga jantan |
Saya google....mencari maklumat, tentang cara pokok labu ini berbuah. Kata tuan blog ini, bunga labu betina akan keluar selepas bunga jantan.Terima kasih ye http://semuamenjadi.blogspot.com/ atas ilmu itu...
Akhirnya, si bunga betina pun muncul. Lalu dengan gopohnya, saya telah mendebungakan bunga labu betina. Tapi malangnya. tak sampai seminggu, putik labu tersebut kekuningan lalu gugur ke tanah.
Bunga bertina dengan putik labu di bawah kelopaknya |
Apa yang silap, rupa-rupanya labu perlu didebungakan ketika bunganya kembang mekar. Saya pula mendebungakannya ketika bunga betina tersebut sedang kuncup dan tidak mekar.
Menjadi kuning dan gugur ke tanah. |
Selepas itu dengan berhati-hati saya mencuba mendebungakan 2 putik bunga labu betina ketika bunga itu benar-benar mekar dan kembang.
Kedua-dua buah labu tersebut berjaya didebungakan dan semakin lama semakin membesar.
Sehingga labunya kekuningan, lalu saya petik kedua-duanya...
Inilah hasilnya. Sebelah labu ini saya sedekahkan kepada jiran dan sebelah lagi kepada ibu mertua. Sebiji lagi saya simpan untuk ibu tersayang.
No comments:
Post a Comment