Pages

Wednesday, April 30, 2014

Mawar Rose..

Mawar ke rose ke ... sama je kan. Dua tiga menjak ni saya suka sangat. Suka sebab dapat pokok bunga.

Haa...orang selalu dapat sejambak bunga, saya dapat skali dengan pasu. Kau hado...haha...

Seronok sangat. Tak sabar nak alihkan ke pasu yang besar sikit.

Rose yang ini berbau harum

Ni pokoknya

Rose ini tidak berbau

Kaler pink ...
Terima kasih ye, tuan yang bagi pokok ni...Suka sangat...

Saturday, April 19, 2014

Pokok Bunga Taik Ayam

Eeiii... geli betul nama dia. Tapi nak buat macam mana, pokok tu memang saya panggil macam tu sedari kecik lagi.

Saya pernah cuba tanam dengan menaburkan benihnya di tepi pagar. Tunggu punya tunggu, tak bercambah-cambah benihnya.. Masa tu di halaman rumah takde satu pun pokok bunga. Bila dah tak tumbuh-tumbuh, saya berpendapat bahawa tangan tukang tabur ni tak ongg... tak menjadi....Frust... terus tak tanam apa-apa dah... tanam lalang jer...

Tapi, awal tahun hari tu, saya ke rumah sahabat yang baru bepindah ke rumah barunya yang bersebelahan dengan rumah emaknya. Kat rumah emaknya pulak, banyak bebenor pokok bunga, dan salah satunya pokok taik ayam. Jadi mintak sikit benih dan dia bagi free gift ngan tanah skali...hehehe..

Balik rumah terus tabur dalam pasu kosong. Tak tersangka tumbuh dengan suburnya. Jadi bila dah tumbuh meninggi, saya alihkan ke tepi pagar. Harapan saya, pagar saya nanti akan dihiasi dengan pokok yang berbunga kuning... Yezza...

Yang pertama berbunga

Mula berbunga dengan lebatnya






Akhirnya...berbunga kekuningan menghiasi pagar


Bila saya tunjukkan gambar ini kepada sahabat, dia telah menghadiahi saya dengan benih bunga taik ayam yang berwarna oren.

Saya semaikan di dalam pasu.


Tak sabar nak alihkan ke tepi pagar. Dengan harapan ia akan berbunga kuning dan berselang warna oren... Mesti cantikkan...

Friday, April 18, 2014

Sos manis - sos thai manis

Saya suka sangat sos ni. Rela cicah ngan jari sebab sedap. Hari ni terbuka hati nak mencuba. Mintak-mintak la jadi...


Rupanya senang je naak membuatnya.

2 tangkai cili merah, 3 ulas bawang putih dikisar. Masak di atas api dan masukkan gula dan garam. Masukkan juga cuka. Bila dah mendidih, masukkan air tepung jagung. Masak sehingga sos menjadi jernih.

Saya tambah jugak 2,3 tangkai cili padi, nak bagi pedas. Gula dan garam, korang agak-agak lah.


Makan bersama cucur sayur + ikan bilis ni memang lazat...hoho..

Thursday, April 17, 2014

Pokok Sayur

Pokok-pokok sayur ni baru je nak hidup. Harap-harap berjaya lah hidup dengan suburnya dan membuahkan hasil.

Tomato... Rasanya macam dah nak mati...huhuu

Labu

Pokok ubi - ada dua jenis, yang batang merah dan yang batang hijau

Daun Kesum

Pokok Cili

Kacang Buncis

Wednesday, April 16, 2014

Asam Pedas Ikan Kembung

Banyak jenis asam pedas ni. Ada yang tumis, ada yang tidak. Ada yang guna Biji ketumbar, dan ada yang hanya guna daun kesum atau bunga kantan.

Asam pedas ni saya belajar dari seorang tukang masak. Tapi ada jugak yang silap. Sepatutnya, resepi asal ada belacan tapi  saya terlupa. Patutnya hanya guna biji ketumbar, tapi saya belasah letak jintan manis skali. Apa-apa pun, rasa memang sedap.




Resepinya senang je.

1 biji bawang besar dikisar bersama segenggam biji ketumbar, 3 tangkai cili kering, 1 tangkai cili merah, belacan dan kunyit hidup. Masukkan kesemuanya di dalam periuk bersama daun kesum dan bunga kantan. Jangan lupa masukkan sekali asam keping. Perasakan dengan garam dan gula. siap...

Gambar di atas tu saya masukkan labu air, sebab takde bendi. Saya tak letak bunga kantan sebab tak de dan tak letak belacan sebab lupa..hehehhh

Tuesday, April 15, 2014

Rose Jepun - Hadiah dari teman

Seorang sahabat dengan suka relanya meminta dari jirannya untuk saya. Tq Sis... terharu sangat...


Balik ke rumah terus tanam...




Katanya, pokok yang berbatang ungu tu namanya pokok sembilang kot...
Nanti bila dah banyak yang berbunga saya upload lagi ye

Monday, April 14, 2014

Sambal Kuinin

Dua tiga hari ni, suami asyik bawak balik buah mempelam je. Entah apa jenisnya pun saya tak pasti. Dalam kepala terbayang, alangkah bagusnya kalau En suami tadi bawak balik buah kuinin...

tup..tup...petang tadi, en suami masuk je ke rumah ...dah terbau...waaa....

Masak nasi... goreng ikan...tumbuk sambal... sambal apa..ofkoslah sambal kuinin....



Tak sedar makan menambah... Elleehh...selama ni pun memang makan menambah..

Senang je nak buat. Saya gunakan cili burung yang kecik-kecik tu, tumbuk bersama garam, gula dan belacan. Bila dah lumat, tumbuk hirisan kuinin tadi... siap.

Sunday, April 13, 2014

Skincare....

Malas nak cakap banyak. Kenal sangat dengan diri sendiri... Selalu apa-apa produk skincare atau penjagaan diri yang saya guna tak boleh bertahan lama. Mula-mula okey, sangat berkesan tapi lepas 2, 3 bulan kembali keadaan asal. Macam tak ada kesan langsung... Kenapa ekk...

Kali ni nak tunjukkan skincare yang saya guna dan pernah guna...

Pencuci muka tiada dalam gambar sebab dah abesss...
Sebelum guna set Yves Rocher ni, saya guna set Nano White. Yang Diana Daniell jadi dutanya. Beli pencuci muka, penyegar, krim siang dan malam, serum.... Okey sangat... Kulit makin cerah dan jeragat pun makin pudar. Tapi sekejap je lepas tu produk tu tak berkesan untuk saya.

Kemudian guna Yves Rocher. Macam mana nak sebut pun tak tahu lah.. Kesannya pun okey... sama gak, tak lama lepas tu jadi macam biasa.


Gagahkan diri membeli Estee Lauder. Baca dalam forum macam best. Okey jugak... lepas tu jadi sama macam yang lain-lain jugak.


Cuba pulak Clinique... Best jugak...ending sama macam yang lain-lain.

Yang terbaru...


Harap-harap berkesan untuk saya... Amiinnn....

Saturday, April 12, 2014

Pokok Bunga Pertama

Ada 2 pokok bunga yang saya beli kali pertama di nusery. Dua pokok bunga ni adalah pokok bunga yang pertama menghiasi istana kecil saya. Detik permulaan yang mencetuskan kembali minat menanam dalam diri saya. Indahnya kenangan lalu....hoho....

Saya beritahu pada taukeh nusery tu, saya nak pokok yang sentiasa berbunga, senang dijaga dan tak mudah mati. Jadi dua pokok bunga ini saya pilih.



Saya tak pasti apa namanya. Dah lupa apa yang taukeh nusery tu beritahu... Sambil saya menulis N3 ni, saya cuba mengoogle nama pokok ni...






ntah apa namanya...

Sambal Terung

Suka sangat makan terung. Pas tu teringin nak makan sambal sotong atau udang. Jadi...inilah hasilnya...

Bahan-bahan:
Terung - dihiris agak nipis, digaul dengan sedikit garam dan kunyit
kentang - dihiris dan digoreng separuh masak
cili kering kisar
bawang besar
asam jawa
udang dan sotong
garam dan gula

Caranya:
Goreng terung yang telah digaul garam dan kunyit sehingga hampir masak dan ketepikan.
Tumis hirisan bawang besar sehingga  layu dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili pecah minyak. Masukkan udang dan sotong. Masukkan terung goreng dan kentang yang telah digoreng. Masukkan asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.