Suka sangat makan terung. Pas tu teringin nak makan sambal sotong atau udang. Jadi...inilah hasilnya...
Bahan-bahan:
Terung - dihiris agak nipis, digaul dengan sedikit garam dan kunyit
kentang - dihiris dan digoreng separuh masak
cili kering kisar
bawang besar
asam jawa
udang dan sotong
garam dan gula
Caranya:
Goreng terung yang telah digaul garam dan kunyit sehingga hampir masak dan ketepikan.
Tumis hirisan bawang besar sehingga layu dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili pecah minyak. Masukkan udang dan sotong. Masukkan terung goreng dan kentang yang telah digoreng. Masukkan asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.
No comments:
Post a Comment