Pages

Saturday, April 5, 2014

Keretaku merajuk...

Sebenarnya banyak yang nak ditulis dalam blog. Tapi macam biasalah... skripnya hanya tertulis di dalam kepala... malas nau nak tulis n3.

Macam-macam idea nak tulis... Pasal masakan, aktiviti, lepas tu ingat nak tulis tentang pokok bunga. Hobi baru saya yang dah lama terpendam.... Takpe...pelan-pelan kayuh... jadi N3 saya lepas ni mungkin adalah cerita yang tertunda yer....

Hari ni nak cerita pasal kereta. Kereta yang telah banyak berjasa pada kami suami isteri. Cukup bulan 2 tahun depan, habes lar bayar hutang...

Tapi, sebenlum nak habes bayar kereta ni, banyak betul dugaan. Macam-macam peel rajuknya keretaku itu...

Seingat saya lar rajuknya bermula bila tetiba keretaku bunyi macam lori. Rupa-rupanya ekzos dah innalillah... Baru jer tukar absober sebelum kejadian. Errmm... tukar ekzos baru... oke... settle...

Ingat oke lah ye.. tup..tup... apasal aircon macam pelik...pasang no 3 tapi peluh macam air terjun...huhu... tukar lak ekon sebiji. Motornya rosak. Tukar seketui...

Yeah...happy.... nak balik kampung. Belum masuk highway lagi, ketiak dah lenjun.. Aik..kata tukar seketui... takpe lar, berhenti tepi kedai ekon tambah ekon....oke... Jom balik...

Singgah gurun untuk solat kemudian nak terus cau balik Ipoh... Huhu... terjadilah kejadian di mana kerete tak boleh start. Huhu...saspen sebab tak pernah jadi. Hubby pergi office plus...sambil-sambil tu calling sanak saudara kat Sg. Petani. Calling-caling adik rupanya dia out station g Langkawi. Telefon abang ipar tak angkat-angkat. Plus plak dah sejam tak datang-datang.

Oke...ambik angin dulu...betulkan pernafasan. plus pun datang serentak dengan abang ipar telefon. Abang ipar kata mekanik dia dalam perjalanan. Plus plak suh try start.

Jeng...jeng...jeng... Dengan manjanya, keretaku mengaum...hek eleh...tadi kite start bunyi macam nak masuk icu jer. Buat keputusan singgah rumah abang ipar dan mekanik abang repair di sana...

TQ CEO. Bagi berteduh kat sini

Diorang tukar pam minyak yang kat tempat duduk belakang tu. Tapi ada bocor lagi skit diorang suruh pasang klip. Tidur semalam lepas tu terus ke Ipoh. Sampai Ipoh Hubby terus ke bengkel untuk pasang klip. Tokeh bengkel tu cakap minyak auto pun bocor...

Buat-buat relax, cuti dua tiga hari. Balik semula ke sini terus gi kedai baiki ekon tu. Tokeh tu kata motor yang dia pasang bocor. Ganti lain, nasib baik Free or Charge...adoiiii....

sekian...

Moga keretaku tidak merajuk lagi...Sekarang poket pulak merajuk. Tak penah kembung asyik-asyik kempis jer...huhu

No comments:

Post a Comment