Alkisah, sedang patik menyediakan bahan untuk dibuat gulai kari ikan kembong, tetiba, patik teringat... Kat rumah patik ni ada ke rempah kari ikan.
Patik memang selalu membeli rempah adabi berpaket-paket untuk dibuat simpanan. Cari punya cari, yang ada hanya rempah daging dan kurma.
Hoho...dah la suami patik telah me'request' gulai ikan malam tadi. Siap tolong petikkan daun kari malam-malam buta lagi.
Dengan sepantas kilatnya, patik mengoogle...
Rempah kari ikan buat sendiri....jadi keluarlah
blog Puan Nooriah Abdullah. Pilih resepi beliau sebab beliau post gambar gulai yang dibuat menggunakan resepi rempah yang diberi. Rasa yakin untuk follow resepi beliau.
Inilah Gulai Ikan Kembung yang dimasak menggunakan rempah homemade tadi....
Ini pulak rempah kari ikan yang dihasilkan patik...
|
Biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih disangai... |
|
Tumbuk sampai halus |
|
hasilnya... |
|
Satukan bersama serbuk kunyit dan serbuk cili |
|
Tumis halba campur dan daun kari. Tumis bawang besar/merah. bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hidup sehingga pecah minyak. Masukkan serbuk rempah tadi. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan 2 sudu cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. |
Rempah kari yang patik buat tadi terlalu banyak, jadi patik bahagi dua. Separuh lagi disimpan.
Oleh kerana, patik ada menanam serba sedikit sayur-sayur dan ulam di sekeliling, jadi patik petiklah sebiji buah terung untuk dijadikan bahan sampingan gulai kari patik. Berbuah pun sebiji jek...
Psstt... Rempah biji tadi patik kisar kering menggunakan blender... Cadang memang nak tumbuk guna lesung...dan tumbuk sikit, terus tukar fikiran. hihi...